Meneruskan rutin beriadah mingguan khamis kami ke Taman Bandar Elmina Shah Alam.
Dah banyak kawasan rekreasi yang kami lawati, yang ini serius lawa. Kunjungan terdahulu diperingkat awal pembukaan masih tidak secantik ini, kini pokok-pokok telah dewasa dan merimbun, jejambat pejalan kaki telah siap menghubungkan tasik barat dan timur. Terdapat pilihan trek berjogging yang panjang mengelilingi tasik, cuma kawasan rekreasi timur masih lagi diperingkat pembinaan bersesekali dengan pusat komersil. Jika pusat beli belah yang dibina menghadap tasik telah siap, nescaya akan menjadi pilihan pengunjung beriadah dihujung minggu sambil melepak disana.
Kebun komuniti juga terdapat disini, cuma pokok-pokok tidak begitu menjadi..
No comments:
Post a Comment