click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Tuesday, September 26, 2023

Jom Chumpon 23-Satun


Memasuki  Thailand membawa kenderaan  ada beberapa dokumen yang perlu diserahkan ke kastam Thai. 
Jika kenderaan atas nama sendiri cukup membawa salinan geran berserta borang lengkap.
Atau
  Jika membawa kenderaan atas nama orang lain wajib membawa surat kuasa/Kebenaran dengan menyatakan nama pemilik, jenis kenderaan/No Plat Kenderaan dan salinan IC pemilik.


Paling mudah pergi saja ke mana- mana pejabat agen di sempadan untuk membeli insuran dan meminta mereka melengkapkan semua dokumen diri dan kenderaan memasuki Thailand..Mudah..upah pun cuma Rm5 seorang. Selalunya di sini mereka turut menjual kad sim Thai. Beli siap-siap.

Kami memasuki Satun melalui Wang Kelian tapi urusan dokumen dibuat di Changlon, kerana Wang Klian tiada agent insuran dll.. Kami  isi minyak penuh tangki di Kangar. Tukaran wang boleh dibuat di Changlon tapi kadar lebih rendah, kami memilih menukar wang di Thai.

Memasuki sempadan Wang Klian sangat mudah, tak ramai orang dan kenderaan..tak sampai setengah jam dah selesai..Alhamdulillah halangan keluar negara penulis telah dibatalkan. Urusan pasport imigresen lancar.


Meronda zaman sekarang sangat mudah, berbanding dulu ketika bermotoran, gajet canggih mahal, kami terpaksa menggunakan peta, menanda route, berhenti menanya dsb..Kalau pergi berkumpulan pasti akan terpisah. Kini hanya dengan smart phone dan data semuanya dihujung jari. 


Kami tukar wang di bandar Satun, lebihkurang 40 minit dari sempadan. Satun antara daerah yang kami belum pergi sebab itu kali ini kami ke sini dulu. 

Suasana Satun sebagaimana Selatan Thai yang lain ramai muslim, masjid banyak, semasa menukar wang di Satun pekedai fasih bertutur  loghat Kedah. Jalanraya cantik dan luas.  Sepanjang pemanduan mendengar siaran Radio Malaysia.




Pergi Thai dan makan-makan tidak dapat dipisahkan. Sengaja mengosongkan perut untuk makan di petang/malam





Antara masakan feveret penulis ..hoho, siakap, sembilang, sotong, telur dan ulam..cuma caj kini agak mahal makan berdua 600 Baht., siakap bukan seekor,  cuma beberapa hiris, bila ditukar kadar tukaran 1000B:Rm7.5, lagi ler.

Tak mengapa kita meronda bukan selalu...Sesekali kita hentamm..








 







No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK