Paling mudah pergi saja ke mana- mana pejabat agen di sempadan untuk membeli insuran dan meminta mereka melengkapkan semua dokumen diri dan kenderaan memasuki Thailand..Mudah..upah pun cuma Rm5 seorang. Selalunya di sini mereka turut menjual kad sim Thai. Beli siap-siap.
Kami memasuki Satun melalui Wang Kelian tapi urusan dokumen dibuat di Changlon, kerana Wang Klian tiada agent insuran dll.. Kami isi minyak penuh tangki di Kangar. Tukaran wang boleh dibuat di Changlon tapi kadar lebih rendah, kami memilih menukar wang di Thai.
Memasuki sempadan Wang Klian sangat mudah, tak ramai orang dan kenderaan..tak sampai setengah jam dah selesai..Alhamdulillah halangan keluar negara penulis telah dibatalkan. Urusan pasport imigresen lancar.
Meronda zaman sekarang sangat mudah, berbanding dulu ketika bermotoran, gajet canggih mahal, kami terpaksa menggunakan peta, menanda route, berhenti menanya dsb..Kalau pergi berkumpulan pasti akan terpisah. Kini hanya dengan smart phone dan data semuanya dihujung jari.
Kami tukar wang di bandar Satun, lebihkurang 40 minit dari sempadan. Satun antara daerah yang kami belum pergi sebab itu kali ini kami ke sini dulu.
Suasana Satun sebagaimana Selatan Thai yang lain ramai muslim, masjid banyak, semasa menukar wang di Satun pekedai fasih bertutur loghat Kedah. Jalanraya cantik dan luas. Sepanjang pemanduan mendengar siaran Radio Malaysia.
Pergi Thai dan makan-makan tidak dapat dipisahkan. Sengaja mengosongkan perut untuk makan di petang/malam
No comments:
Post a Comment