Walaupun Satun paling hampir dengan Perlis, kedudukannya di barat, berada jauh dari laluan utama ke utara Thailand, jadi kami jarang berkesempatan ke sini, sekadar dengar cerita- cerita dari orang.
Kalini berkesempatan berkunjung terus ke sini. Mendengar cerita dengan berkunjung sendiri pastinya pengalaman yang berbeza.
Kelebihan Satun dan destinasi Selatan Thai yang lain adalah pada makanannya. Masakan sangat sedap. Namun tempat yang dikatakan menarik cuma biasa-biasa saja.
Suasana persekitaran tidak jauh berbeza sebagaimana perkampungan di utara maupun timur tanah air. Muslim ramai, pemandangan wanita bertudung sangat biasa.
Azan solat waktu berkumandang di corong-corong pembesar suara masjid.
Buah salak selain buahan lain sedang musim sekarang. Buah salak Siam sangat lembut dan juicy berbanding salak Malaysia/Indon yang lebih rangup.
Malam menginap di Pak Bara, tempat tinggal janji boleh tidur, boleh dikata terpedaya dengan rating online. Keadaan sebenar tidak sebagaimana gambaran, mujur caj bilik cuma Rm70 jadi tak terkilan sangat.
Ada juga resort- resort baru, namun ada yang tidak disenaraikan di carian online seperti booking.com, agoda dll.
Sebab itu kami lebih suka terjah dulu untuk mengetahui keadaan sebenar premis sebelum membuat tempahan secara online. Tempahan walk- in selalunya lebih mahal.Hujan bersambung sehingga ke pagi. . Selepas berfoto lebih kurang, kami beredar...
Ronda ronda mengikuti saja ke mana tayar bergolek.
Berbeza dengan kunjungan pertama kali, kunjungan ulangan selalunya sudah dapat gambaran suasana. Lecehnya...bila dah dapat bayangkan tempat yang dikatakan menarik, semuanya jadi tidak nenarik, penyudahnya sana taknak pergi, sini taknak pergi. Memandu sambil melayan perasaan sajalah. Mujur jalan di Thailand luas dan cantik. Cuma kena berhati- hati sebab banyak kenderaan membuat pusingan U.
Memandu dari satu pekan ke pekan. Sepanjang perjalanan hujan lebat..
No comments:
Post a Comment