Sunday, April 28, 2024
Nenas Pasu
Thursday, April 25, 2024
Achilles Tendinitis ...
Gout belum reda penulis diserang penyakit sendi/ tendinitis pula..5,6 tahun dulu sakit ini pernah menyerang ..walaupun kedua penyakit menyerang sendi, bezanya gout disebabkan pengumpulan asid urik berlebihan disendi sehingga membentuk kristal tajam sementara sakit tendinitis disebabkan keradangan tendon, mungkin disebabkan tercedera dsb. Namun keduanya memberi kesakitan yang sangat teruk.
Rakan-rakan dan anak doktor menjangkakan mungkin penulis menjalani aktiviti harian yang agak lasak sehingga tercedera tendon di sendi..Yea mungkin juga, selain berkebun dan sering beriadah. Menyoroti sejarah muda, penulis pula sering bermotor berat dan tinggi memberi tekanan pada sendi tumit..Kini tubuh berusia tak mampu menerima lagi tekanan ini..
Terpaksalah bertongkat dan berkerusi roda supaya keradangan sendi tidak semakin teruk.
Diet pemakanan gout pula nampknya memberi impak positif..Bacaan urik asid mulai menurun di bawah paras 500..bacaan terbaru 440..harapnya terus menuju ke julat sihat maksima 420 .
Harap ada cahaya dihujung terowong...
Tuesday, April 23, 2024
Pokok Betik...
Pokok semaian yang kita teruja melihat ianya hidup selalunya tak jadi. Pucuk pokok nangka yang penulis cuba semai ermm terus kering, padahal dah ikuti tatacara perkongsian orang yang mengajar...Pokok ciku yang cuba di tut pun macam dah terlebih lama dari kebiasaan, belum nampak akar keluar sedangkan daun-daun mula kelihatan tidak sihat..
Tapi yang tumbuh liar, ikutkan macam tak logik, boleh pula dia hidup..beginilah yang terjadi dengan pokok betik di tepi pagar rumah penulis, kawasan di situ sempit, tersepit antara pagar dan lantai paver block,..boleh dia tumbuh dan bila ditabur baja organik, ditambah hampir saban petang hujan, pokok makin galak membesar..kini sedang berbunga untuk berbuah..Alhamdulillah.
Dulu di kebun tumpang ada 3 pokok betik yg tumbuh sendiri..bila dibelai, bukan bertambah elok, tapi semakin berpenyakit...pucuk daun diserang serangga keputihan...samalah juga dengan pokok limau kasturi yang ditanam, dari berbuah sangat lebat, daun bertukar kekuningan dan terus mati..mungkin tak tahan dengan baja taik ayam..
Harapnya kalini dengan baja organik yang betul tidak berulang peristiwa lama..
Buah betik pun bukan murah sekarang, kalau di supermarket paling kurang rm 8 sekilo. Bila berpenyakit ni, kita sering mengikuti perkongsian doktor di utube..baru tau bukan saja buah betik, daun betik dan biji betik juga mempunyai banyak manfaat kesihatan...
Jom jom berkebun...
Wednesday, April 17, 2024
Jom Berbekam...
Selain berbekam kita turut dianjurkan mengamalkan minuman organik. Kelapa dara, minyak zaitun, cuka buah tin, habatus sauda dan madu asli. Pusat bekam syorkan amalkan minum paduan campuran cuka buah tin dan minyak zaitun.
Tuesday, April 16, 2024
Riang Ria 2024
Adik beradik, anak saudara, biras memenuhi rumah pusaka , kami menginap di Payang Scout Hotel Pantai Ketapang, K.Terenggnu, walaupun cuti umum harga bilik ok tak begitu mahal Rm150..
Juadah wajib Pantai Timur antaranya Nasi minyak, Nasi Dagang, ketupat palas..Penulis hanya memilih juadah yang mesra gout.
Foto kenangan bersama sebahagian adik beradik sebelah isteri...
Raya ke 3 Jumaat kembali ke Lembah Klang...
Menerima kunjungan besan sulong..
Bersama anak beranak dan menantu. Kurang seorang anak bungsu yang masih di Jerman..
Penyeri pertemuan hariraya pastinya.. Cucu- cucu...
Monday, April 8, 2024
Selamat Hari Raya 2024...
Menghidupkan kemeriahan aidil fitri kita turut membuat ketupat daun kelapa. Walaupun tinggal di kota daun kelapa muda mudah didapati. Di Pasar Chowkit tu apa yang tak ada, segala jenis sayuran kampong pun berlambak. Ikan -ikan, daging dll seluruh negara tertumpu di situ. Produk segar dengan harga berpatutan sebab ramai peniaga bersaing.
Sunday, April 7, 2024
Rumput Gout...
Pengunaan herba semulajadi harus seiring atau pelengkap kepada ubatan kimia..Kita orang islam perlu juga mengamalkan doa. Perlu memanfaatkan kesan segera ubat kimia dan kesan jangka panjang ubatan herba selain berserah kepada Pemberi dan Penyembuh penyakit iaitu Allah.
Banyak kes terbukti apabila amalan ini diterapkan, pengidap kronik boleh kembali sihat, dengan syarat pemakanan turut dijaga dengan meninggalkan dua musuh utama iaitu GULA dan MAKANAN PROSES. Ramai cakap ingin sihat tapi pemakanan tidak diberi perhatian serius.
Kata kunci untuk sihat adalah DISPLIN selain DOA.
Saturday, April 6, 2024
Santan Kelapa Ori..
Walau santan kotak dikatakan tiada pengawet, sukar juga nak percaya 100 peratus..mungkin tidak seratus peratus tulin, mungkin ada campuran lain.
Kita ada pokok kelapa, elok dimanfaatkan santan segar..
Kalau sebiji lebih pantas guna kukur, leceh mengeluarkan mesin elektrik dari stor. Dah banyak lebih 5 biji jenuh menggunakan kukur, lenguh satu badan kelapa tak siap lagi..jadi inilah masa mengunakan mesin kukur elektrik.
6 biji dikait berbaki banyak lagi atas pokok. Lain kali kita kait lagi. Kelapa cukup tua tapi tidak terlalu tua air enak diminum bagus untuk pengidap gout...perah lemon, campur serai dan garam himalaya sikit arghh mantapp ...
Friday, April 5, 2024
Biji Benih Avocado...
Misi menanam 30-35 pokok avocado diteruskan. Percubaan menanam melalui biji lebih berjaya berbanding benih anak beli... Anak benih dahlah mahal, tumbesaran tidak segalak pokok yang ditanam dari biji..Mungkin anak pokok beli masih dalam proses menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Setelah serasi nanti mana tau terus memecut laju..
Selain pokok nangka, pokok avocado kelihatan serasi ditanam dikebun bukit, 7 pokok terdahulu kini membesar dengan cemerlang, cuma nasib akan datang kita bertawakal.
Buah Avocado sangat bagus untuk pengidap diabetis selain gout. Sebelum ni ada tempah biji benih online, ermm dimaklumkan, penjual kekurangan biji benih..daripada bertangguh, beli buah di Pasar Chowkit, Kuala Lumpur murah RM8 sekilo..di pasaraya paling kurang RM 5 sebiji..Beli buah 2 in 1, isi kita makan, biji kita semai..
Lagi cepat ditanam, lebih segera pokok membesar. Kita seronok bila melihat deretan pokok membesar dengan subur..saban minggu kelihatan pucuk baru..Fuh kegembiraan yang sukar digambarkan..
Thursday, April 4, 2024
Alat Ujian Asid Urik
Untuk mengetahui kandungan UA juga gula/glukus dalam darah, alat ujian ini perlu ada di setiap rumah..tak mahal, tak sampai seratus atau yang lebih berkualiti harga dalam RM150. Ada juga alat yang boleh membaca kedua-dua ujian UA dan GULA. Memandangkan alat ujian gula telah lama penulis miliki, belian terbaru khusus untuk ujian UA saja harga dlm RM60+
Cerek elektrik untuk merebus herba turut dibeli selain stok tambahan minyak zaitun dara.
Sementara penyakit belum begitu kronik, usaha pemulihan dan pencegahan mesti dilakukan dengan penuh displin...
Tuesday, April 2, 2024
Pantang Gout part 3...
Selain merawat punca berlakunya penyakit gout, mereka yang terkena gaut perlu berpantang dengan makanan yang tinggi purin seperti sayuran hijau berwarna hijau tua, daging merah , makanan laut, kekacang dll, namun tidak semua alahan terpakai untuk setiap orang...
Setelah sebulan, ada beberapa makanan yang menjadi penyebab serangan kepada penulis..
Berikut senarai makanan alahan
BOLEH MAKAN
Daging ayam
Kebanyakan buahan boleh dimakan seperti, Nenas , betik, buah naga..mangga, cuma mengelak buahan yang tersangat manis.
Secara umum ikan bersisik memiliki ekor berbentuk kipas dan berisi putih boleh dimakan. Namun ada juga ekor berbentuk Y yang tidak menjadi alahan.
Kerisi
Susu
Merah
Siakap
Bawal
Talapia
Tenggiri..
TAK BOLEH MAKAN
Ayam tua- serangan ringan
Secara umum ikan ekor berbentuk Y dan berdaging gelap..berkulit licin selain bersengat
Pacu- serangan teruk
Sembilang- serangan teruk
SEMUA MAKANAN PROSES
Semua makanan berasaskan tepung
Santan kotak- serangan ringan
Jus buahan- serangan teruk
Dari masa ke semasa masih meneruskan mencari makanan yang boleh diterima oleh sistem tubuh cuma perlu bersedia untuk serangan jika alah kepada makanan tersebut.
Walaubagaimanapun pantang ini bersifat sementara sehinggalah punca penyakit diatasi dan fungsi hati, ginjal kembali mantap. Selagi perkara asas ini tidak di atasi, kesilapan kecil boleh melarat kepada teruk. Mana mungkin dapat mengelak seratus peratus kerana setiap makanan mempunyai purin..
Moga dapat pulih seperti sediakala. Amin yrb Alamin..
Monday, April 1, 2024
Pantang Gaut part 2...
Suplemen semula minyak zaitun, kelapa dara dan habatus sauda turut dijadikan minuman tambahan
Pelbagai ubatan dan supplimen natural yang kini menjadi teman penulis..
Untuk mempercepatkan proses penyembuhan, amalan berbekam akan dijadikan rutin untuk membuang toksik melalui pembuangan darah kotor. Set bekam telah dibeli online
Bersambung...