Friday, April 5, 2024

Biji Benih Avocado...


Misi menanam 30-35 pokok avocado diteruskan.  Percubaan menanam melalui biji lebih berjaya berbanding benih anak beli... Anak benih dahlah mahal, tumbesaran tidak segalak pokok yang ditanam dari biji..Mungkin anak pokok beli masih dalam proses menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Setelah serasi nanti  mana tau terus memecut laju..


Selain pokok nangka, pokok avocado kelihatan serasi ditanam dikebun bukit, 7 pokok terdahulu kini membesar dengan cemerlang, cuma nasib akan datang kita bertawakal. 


Buah Avocado sangat bagus untuk pengidap diabetis selain gout. Sebelum ni ada tempah biji benih online, ermm dimaklumkan, penjual kekurangan biji benih..daripada bertangguh, beli buah di Pasar Chowkit, Kuala Lumpur murah RM8 sekilo..di pasaraya paling kurang RM 5 sebiji..Beli buah 2 in 1, isi kita makan, biji kita semai..

Lagi cepat ditanam, lebih segera pokok membesar. Kita seronok bila melihat deretan pokok membesar dengan subur..saban minggu kelihatan pucuk baru..Fuh kegembiraan yang sukar digambarkan..

No comments:

Post a Comment