Sunday, August 25, 2024
Anjing Kebun...
Saturday, August 24, 2024
Genset Pasar Malam...
Thursday, August 22, 2024
Stiker Kembara...
Membelek kedai maya banyak stiker cantik dijual ..termasuk post tak sampai rm10..
Wednesday, August 14, 2024
Pagar Kebun...
Aktiviti dikebun memang tak akan pernah habis. Penambahbaikan laluan ke kebun perlu sentiasa dilakukan, banyak sisa bahan binaan yang boleh dimanfaatkan...apatah lagi kini laluan atv turut perlu disediakan. Belum lagi rutin bulanan memotong rumput dan membaja..
Aktiviti telah disusun setiap kali datang ke kebun, berhenti ketika semangat masih berbaki, tak mau memaksa diri, daripada semangat putus ditengah jalan lebih baik buat sedikit tapi istiqamah.
Nangka mulai belajar berputik..ciku pun sama cuma adakala hati gusar apabila melihat pucuk muda dimakan serangga...Sedih bila melihat pokok yang kita jaga terutamanya durian seakan lambat sangat membesar...Khuatir padam dulu sebelum sempat membesar. Semburan racun serangga hanya pada ketinggian yang boleh dicapai..
Kini menyibukkan diri membuat aktiviti sampingan..Apabila membuat aktiviti sampingan perhatian tidak terlalu tertumpu kepada pokok tanaman..
Harapnya semua pokok membesar dengan jaya ...
Monday, August 12, 2024
ATV Kebun...
Rupanya tak lama, tetiba enjin padam...Ada rahmat terbangun lambat..Kalau berlaku awal pagi kan naya..
Servis dah buat, spark plug dah tukar, pomen dah maklumkan motor berkeadaan mantap...Itu yang berani bergerak jauh.., sekejap hidup sekejap padam. Dah panggil lori towing datang..
Sambil menunggu lama, motor boleh hidup, berpatah balik dalam hujan lebat dengan perlahan, walaupun kadangkala termati sempat tiba ke bengkel.
Tukar kaburator, plug cooling coil dan tali minyak..Spark plug pun tukar baru lagi. Kerugian RM280
Dah alang alang lencun, sesudah menukar pakaian dan solat terus ke kebun lagi...
Serius mantap..selamba mendaki kebun dalam laluan licin. Pergerakan segenap penjuru kebun bakal diharungi dengan mudah, hanya sedikit penyediaan teres-teres dilaluan sukar.
Tayar hadapan akan ditanggal untuk dibaiki.. sementara itu bungkus dulu di kebun..
Friday, August 9, 2024
Kancil di Puncak Fraser..
Wednesday, August 7, 2024
Cafe Dusun...
Ketika ini durian sedang gugur, buahan lain sedang menunggu matang. Durian kampung 18 sekilo, D24 RM28 dan MK RM65. Mencuba durian baru gugur. Kampung enak cuma tak puas makan isi nipis, D24 lebih berbaloi isi tebal walaupun harga lebih mahal. MK tak cuba, poket tak cukup tebal. Lagipun online banking, talian begitu teruk...
Konsep cafe dalam dusun begini boleh diterapkan oleh mereka yang mempunyai dusun. Gayahidup masyarakat sudah berubah, mereka sanggup berhabis biarpun jauh asalkan tempat menarik dan selesa. Dengan konsep datang terus ke dusun, buahan tidak terbazir begitu saja. Makan sampai puas dengan caj minima. Diperhatikan rambutan dll seperti tiada nilai dibiarkan membusuk kematangan..
Dusun rakan di Puncak Serigala, Hulu Bernam penulis rasakan mempunyi ciri-ciri sesuai meniru konsep sama. Lokasi strategik dengan akses mudah ke kebun. Pemandangan tanah tinggi menyajikan nilai tambah kebun. Untuk kunjungan berterusan, kebun juga sesuai dijadikan tapak bercamping maupun inap dusun.
Menurut pemilik memang ada perancangan ke arah itu.. sedikit demi sedikit persediaan dibuat di kebun. Pokok buahan pun baru berusia remaja.
Ole ole kebun, pokok pisang dan Herba
Melawat kebun rakan untuk mengambil inspirasi. Suka tengok pokok- pokok mula membesar, rakan turut mula membela angsa, anjing jaga kebun juga sedang diusahakan dibawa masuk. Penulis pun teruja untuk membela anjing sebagai teman dikebun..sedang fikirkan bagaimana dengan kebajikan peliharaan semasa kita tiada dikebun, supaya anjing kekal setia.., tak maulah peliharaan itu menyebabkan langkah kita terkekang..
Wahh, sisa papan lantai terpakai sudah lebih dari mencukupi untuk dinding sekerat dapur dan tandas rumah mini kebun Puncak d'Rasa..
Jom jom berkebun..semangatt
Monday, August 5, 2024
Kembara Sangkut Lagi...
Kembara sangkut lagi.., bahaya ke kebun bukit ketika musim hujan, lebih lagi Kembara masih menggunakan tayar standard biasa. Tanah bukit ketika panas ia keras, bila hujan sangat licin..Jika gagal mendaki berisiko terundur, brek pun tak guna.. Ketika menuruni bukit kenderaan tetap berisiko mengelunsur juga..
Memang dah cari tayar offroad..cuma tayar saiz standard offroad AT tak banyak dipasaran...kena tukar tayar besar dan lebar tapi kena tinggikan suspensi....bila tinggi kita pula tak minat, nampak kartun dan rasa tidak stabil, kurang sesuai untuk digunakan dilaluan bercerun kebun..
Sebelum ni terpaksa tukar dulu dengan tayar biasa sebab tayar pun hampir botak sejak Kembara berpindah tangan lagi.
Sebagaimana kejadian pertama dulu berlaku ketika menuruni bukit, kejadian ke dua Ahad pun sama ketika menuruni bukit, mujur cerun kalini landai. Yang pertama dulu di pinggiran jurang..Jika tidak sangkut pada batu besar nescaya sudah terjun ke gaung...
Dengan kelengkapan yang ada Kembara boleh dikeluarkan, tapi memilih ditinggalkan dulu di kebun..badan penat dan perut tersangat lapar..lain kalilah keluarkan. Tak mengapa Kembara ditinggalkan, tiada siapa menggunakan laluan itu.
Sepatutnya boleh naik tadi..pokok penahan belakang tak cukup kukuh..tak mampu menanggung beban, mulai condong dan tercabut sehingga akar
Meminta bantuan anak/isteri untuk menjemput balik. Mujur di puncak ni talian telefon ada..jika tidak kena menapak mencari talian hayat...
Rabu nanti Kembara akan ditarik keluar dari bahagian hadapan pula. Tarik bahagian belakang tiada pokok besar sebagai pasak penahan. Pokok besar di hadapan yang menghalang laluan terpaksa ditebang dahulu ..
Elok juga Kembara ditinggal di kebun..Akan ke kebun menaiki ATV, bila lagi nak hantar atv ke kebun...
Sunday, August 4, 2024
Cantuman Tunas Pokok Avocado
Ini pokok avocado di kebun rakan yang telah dibuat cantuman tunas.. tak sampai 3 bulan pokok telah merimbun
Pokok avocado yang dibuat cantuman tunas akan lebih cepat berbuah...
Jom jom berkebun...
Friday, August 2, 2024
Penyembur Cat elektrik...
Misi melengkap peralatan DIY.
Set kimpalan yang diangankan, rupanya penyembur cat yang terbeli dahulu...Penyembur cat ini akan lebih digunakan untuk menyembur minyak terpakai pada kerangka kayu pondok untuk memanjangkan jangkahayat pondok. Sekarang ini melumur kayu dengan kain buruk..leceh..habis berminyak seluruh badan. Ada peralatan cangggih kenapa perlu bersusah payah mengotorkan badan..
Walaupun rumah kebun mini bakal dibina di puncak, pondok kaki bukit tetap dikekalkan sebagai tempat istirehat ketika sianghari.., selain baja, peralatan kebun pun disimpan di sini. Walaupun sikit kurang berangin, suasana lebih redup kerana dibina dicelah rimbunan pokok. Di puncak persekitaran lebih lapang dan terdedah pancaran matahari..Walaupun lebih berangin suasana hanya lebih nyaman diwaktu petang dan malam..
Harga set termasuk 2 bateri dalam RM95. Ketahanan tak pasti, tapi pengalaman menggunakan peralatan DIY lain, rasanya berbaloi dengan harga, penggunaan bukan lasak jadi boleh bertahan lama.
Thursday, August 1, 2024
Set Kimpalan...
Kekadang penukaran roda pagar begini pun terpaksa memanggil orang luar. Sekali panggil RM300 yang dipinta. Sekiranya memiliki set kimpalan bukan setakat kerja baikpulih, kerja ringkas besi pun boleh dibuat sendiri..Penulis dah terbayang pintu pagar kebun. Jika boleh dibuat sendiri, setiap penjuru akan dipasang pintu pagar untuk mudah keluar masuk menebas rimbunan semak daripada bersentuhan dengan pagar elektrik yang menyebabkan kebocoran elektrik.
Baru ini penulis didatangi pemotong rumput Pakistan, menawarkan kerja memotong rumput halaman rumah keluasan 10ribu kps..satu halaman diminta Rm 300.., ingat sikit Rm300 tu..Kita orang kebun, bukan satu bahkan dua set mesin rumput kita ada..kebun bercerun hampir 50000kps pun kita buat sendiri, ingat dengan mudah menerima tawaran itu...hehe memang tersilap orang.