Set kimpalan antara peralatan yang penulis bercadang untuk beli. Peralatan asas begini sangat diperlukan ketika ingin membuat kerja kimpalan ringan. Tanpanya perkara mudah pun terpaksa memanggil orang luar yang pastinya lambat selain disertakan dengan kos yang mahal.
Di pasaran set kimpalan elektrik dwi fungsi, rod biasa atau mig/dawai tembaga, tanpa gas boleh diperolehi dengan murah dibawah RM300. Penggunaan pun mudah, asalkan ada kemahuan, semua orang boleh menggunakannya
Kekadang penukaran roda pagar begini pun terpaksa memanggil orang luar. Sekali panggil RM300 yang dipinta. Sekiranya memiliki set kimpalan bukan setakat kerja baikpulih, kerja ringkas besi pun boleh dibuat sendiri..Penulis dah terbayang pintu pagar kebun. Jika boleh dibuat sendiri, setiap penjuru akan dipasang pintu pagar untuk mudah keluar masuk menebas rimbunan semak daripada bersentuhan dengan pagar elektrik yang menyebabkan kebocoran elektrik.
Baru ini penulis didatangi pemotong rumput Pakistan, menawarkan kerja memotong rumput halaman rumah keluasan 10ribu kps..satu halaman diminta Rm 300.., ingat sikit Rm300 tu..Kita orang kebun, bukan satu bahkan dua set mesin rumput kita ada..kebun bercerun hampir 50000kps pun kita buat sendiri, ingat dengan mudah menerima tawaran itu...hehe memang tersilap orang.
No comments:
Post a Comment