Terminal tengitaran semula air lebihan wuduk di Masjid Kuala Kubu Bharu Selangor..
Sangat setuju. Kaedah
penjimatan air sebegini perlu dikembangkan ke lain lain masjid juga. Selain ini kolah perlu diwajibkan di setiap
masjid sebagai alternatif tambahan
untuk lebih menjimatkan air. Jika
diperhati terutama dihari Jumaat, air lebihan wuduk terbazir dengan begitu
banyak., sedangkan kos untuk merawat air bersih adalah mahal..Dengan kaedah ini
air lebihan boleh dikitar semula untuk tujuan pengairan sistem tandas juga
digunakan untuk menyiram pokok-pokok atau tujuan pembersihan umum lain.
Jika di atas di tempat awam, setiap individu boleh memainkan
peranan untuk penjimatan juga di rumah. Semasa mengambil air wuduk elok ditadah
lebihan air dalam baldi.. Anda akan terkejut betapa banyaknya air terbazir
semasa mengambil wuduk.. Bayangkan jika mempunyai jumlah isirumah yang
ramai...Gunakan lebihan air itu untuk menyiram tandas. . Jika lebih rajin guna untuk siram pokok tanaman.
Jom jom kita berubah..Kita mampu mengubahnya..
No comments:
Post a Comment