10 Oktober 2015 Sabtu. Ride santai Bentong -Awana.
Selepas ride Transjava Febuari 2015, ini pertama kali dapat ride bersama rakan-rakan sekonvoi . Ride disertai hanya 3 daripada 5 peserta. Ride ini meraikan rakan yang menyambar Suzuki Vstrom 650 baru. Di awal pagi berkumpul di BHP Gombak dan terus menuju destinasi popular mat motor Lemang Tok Ki Bentong. Sering mendengar nama, harini berkesempatan ke sana.
Bermula dengan hanya beberapa motor, kelihatan semakin ramai pengunjung apabila matahari makin meninggi.
Sesuai dengan nama restoran, menu utama adalah lemang.. Lemang yang senonim dihidangkan dimusim hari raya kini dijadikan menu harian di restoran ini... Ternyata idea yang cukup bagus berdasarkan sambutan pengunjung...
Outlet ini menjadi pilihan orang ramai terutamanya dikalangan mat motor kerana lokasi yang sangat strategik dilaluan pilihan KL-_BKT FRaser, KL- Cameron Highland melalui lebuhraya Karak . Susunatur outlet yang santai, luas lagi kemas dikelilingi sausana kehijauan pepohon di tebing sungai sangat mendamaikan . Harga hidangan pula sangat berpatutan.
Ketika menjamu selera dihampiri pemilik restoran yang memaklumkan sebuah lagi outlet lebih besar iaitu cawangan ke3 bakal dibuka di Raub . Cawangan ke2 yang terletak di pusat bandar Bentong dikhabarkan juga tidak dapat menampungan bilangan pengunjung yang semakin ramai.. Outlet terbaru boleh menempatkan sehingga 1500 biji motorsikal dalam sesatu masa.
Mengambil kesempatan singgah di Air Terjun Chamang yang tidak jauh dari Bandar Bentong . Hanya 13 km dari jalan utama. Teruja melihat air terjun yang begitu deras umpama air yang dilepaskan dari empangan hidro...
Menamatkan ride hujung minggu dengan melalui jalan lama Bentong-Janda Baik- Awana seterusnya Ulu Yam...Pertama kali melalui sektor Bentung- Janda Baik. Dengan keadaan jalan yang agak sempit, permukaan berpasir, berbukit-bukit dan berliku patutlah ramai mat motor menyukai laluan ini.. Mengendalikan kenderaaan dilaluan ini memang sedikit mencabar..Tak sangka rupanya banyak lagi destinasi menarik yang masih belum diterokai didalam negara...
Apalagi kawan-kawan jomlah kita meronda..!
No comments:
Post a Comment