23hb November 2015 Isnin bermulanya kembara berakhir Isnin 14hb Disember 2015 untuk tempoh waktu 3 minggu. Mengambil keempatan cuti sekolah yang panjang, Tujuan utama untuk melawat anak yang mengaji di Alexandria Mesir. , Bersama dengan 2 orang anak dan isteri. Perancangan telah diaturkan 3-4 bulan lebih awal. Walaupun disaat bermulanya kembara tukaran wang semakin tidak menentu.., kembara diteruskan..kerana anak akan menamatkan pengajian tahun ini..Jika terlepas peluang ini sukar untuk ke sana nanti.. Perancangan awal ini perlu untuk mendapat tiket penerbangan juga penginapan yang murah melalui pelbagai promosi. Perbelanjaan keseluruhan kembara selalunya ditentukan oleh 2 perkara ini. Mencari tawaran menarik kini lebih mudah kerana pelbagai maklumat boleh diperolehi melalui internet.
Tiket penerbangan diperolehi melalui carian MyLibur juga Skyscanner...Engine carian ini akan membandingkan harga tiket menurut tarikh-tarikh yang dikhendaki. Untuk menjimatkan kos penginapan.. kami memilih tinggal di Homestay pelajar juga apartmen...Maklumat juga diperolehi melalui internet.
Destinasi utama ke Mesir , tapi laluan yang dipilih melalui pelbagai negara. Vietnam..UK. Sepanyol juga Greece..Hehe...Hanya transit melalui negara tersebut...Transit lama di London UK selama seminggu juga Barcelona Sepanyol lebih kurang sama.. Yang lain hanya beberapa jam di lapangan terbang. Walaupun melalui laluan yang jauh... perbezaan harga tiket tidak melebihi RM 3 ribu untuk 4 orang berbanding penerbangan terus KL- Alexandia Mesir... Kembara seperti ini sangat sesuai untuk mereka yang tidak terikat dengan masa. Promosi promosi tiket hanya ada dihari tertentu disepanjang tahun..
23-28hb November 2015 KL-Hanoi- London
Sengaja memilih laluan London ...Ingin melawat semula tempat belajar sambil menunjukkan kepada anak- anak disanalah kami bertemu jodoh..
Kembara bajet memilih penerbangan Vietnam Air yang menawarkan harga tiket paling murah. Penerbangan hampir 3 jam dan transit di Hanoi untuk 3 jam sebelum menyambung lagi untuk 12 jam ke Heathrow London. Perjalanan yang jauh..Cabaran makanan diatasi dengan meminta makanan halal semasa membuat tempahan tiket..Alhamdulillah kami disajikan makanan yang berbeza dengan penumpang lain semasa penerbangan ke London. 6.30 pagi 24hb kami tiba di Heathrow...
Bersambung...Foto foto kembara akan menyusul...

No comments:
Post a Comment