Pejalanan ke Semenanjung Sinai akan mengambil masa lebih 8 jam. Destinasi pertama semenanjung Sinai adalah St Catherine ..Di sana letaknya Gunung Sinai di mana Nabi Musa bermunajat kepada Allah swt selama 40 hari. Untuk ke sini terdapat dua laluan utama..Dekat tapi bahaya dan kedua selamat tapi jauh…Jalan dekat akan melalui jalan sunyi berbukit manakala yang jauh akan menyusuri laluan pantai semenanjung..Jauhnya lebih dari 3 kali ganda. 2 ustaz muda akan bergilir-gilir memandu ke sana.
Untuk ke semenanjung Sinai akan melalui terowong bawah tanah Terusan Suez…Terpaksa menempuh pelbagai sekatan jalanraya…Kenderaan juga akan melalui mesin pengimbas x ray..Beberapa meter sebelum memasuki terowong melalui pemeriksaan tentera lagi..Semua passport di periksa..Terasa seperti melepasi sempadan memasuki negara lain pula. Disini adalah kawasan larangan..Tiada foto dibenarkan..Hanya beberapa foto tidak dapat dikesan oleh tentera..yang lain dipadam semasa mereka memeriksa setiap kamera...Barangkali mereka terlupa zaman teknologi tiada lagi rahsia..Berapa banyak foto yang telah dipost kepada rakan-rakan melalui media sosial...
Menghampiri simpang
ke St Catherine terpaksa melalui lagi post tentera…Kami bernasib baik
dibenarkan melalui jalan dekat untuk ke St Catherine tapi perlu diiringi
pasukan tentera…Terpaksa menunggu beberapa kenderaan lain untuk bergerak bersama..Beginilah keadaan
negara bergolak…bersempadanan pula dengan negara zionist israel…Bergerak
beberapa kilometer akan melalui sekatan jalanraya lagi..Tentera lengkap dengan kereta kebal berkawal..Tentera bermesingun
bersiap sedia di kubu- kubu menara
tinjau…Kecut perut sebab tidak biasa dengan sausana ini..Alhamdulillah sebelum Maghrib tiba di St
Catherine.
Sebelum check in di hotel
singgah ke kawasan kaki gunung.. Disini terdapat ukiran batu anak lembu
yang berusia ribuan tahun sejak zaman Nabi Musa lagi…Masih jelas
kelihatan…Berdasarkan sejarah
semasa Nabi Musa bermunajat di Gunung Sinai..pengikutnya yang
beriman telah kembali kufur dengan menjadikan patung anak lembu ini sebagai
tuhan…
Sesudah makan malam bersegera check in di hotel untuk
berehat ..Pukul 12 malam akan menuju ke puncak Gunung Sinai diiringi jurupandu
gunung warga tempatan…Untuk ke puncak gunung
pada ketinggian 2800m dari aras laut
biasanya akan mengambil masa 4
jam.. Perlu bersegera supaya sebelum suboh boleh tiba dipuncak.. jika lewat akan lewatlah menuruni gunung nanti..Walaupun
cuaca sejuk tapi pancaran matahari amat memeritkan kulit..Anak bongsu tidak
dapat turut serta walaupun bersungguh ingin mengikuti..beliau tidak berapa
sihat dan mengalami muntah-muntah..Salah sorang ustaz yang kebetulan sudah pernah
mendaki sebelum ini akan menemankan
sepergian kami..
Untuk menjimatkan tenaga isteri menaiki unta untuk ¾ pendakian
..baki ¼ pendakian menegak hanya boleh
diakses dengan berjalan kaki. Caj bayaran 160 gurnih atau RM80 Perjalanan
ok tidaklah teruk kerana melalui trek
yang dibina dilereng –lereng gunung.
Sebagaimana dijangka pukul 5pagi tiba..Haritu tidak ramai pengunjung tidak sebagaimana hari sebelumnya lebih 300 pengunjung mendaki..tentunya keadaan di puncak seakan pesta.. Sejuk yang amat…sesudah mengambil wuduk jari- jemari kaki bagaikan
berpijak diketulan ais.. Tetap terasa walaupun menggunakan dua lapisan setokin
dan kasut kulit. Menikmati pemandangan . Ramai yang ke sini untuk menikmati pemandangan matahari terbit..Takjub bagaimana Nabi Musa boleh mendaki setinggi ini. Sekarang
dengan trek tersedia pun terasa seksa.., bayangkan beribu tahun dulu…!
Sekitar jam 8 pagi menuruni gunung. Walaupun tidak seteruk mendaki tapi pancaran
matahari yang terik meletihkan dan
menyentap semangat..Dan lagi persekitaran yang tandus ditambah dengan banyak kesan trek pejalan kaki sukar untuk
mengenal pasti laluan balik..Penunjuk arah pula entah lesap di mana…Terkial kial mencari
jalan turun sekitar 12 tghari tiba
dikaki gunung.
Berakhir episode pendakian Gunung Sinai..Harini juga kami
akan checkout hotel untuk ke destinasi berikutnya…Dahab…Tunggu coretan selanjutnya..
Coretan lawatan ke Tasik Qarun boleh dibaca DI SINI
Coretan lawatan ke Tasik Qarun boleh dibaca DI SINI
No comments:
Post a Comment