Bermula dari bahagian belakang rumah kedai yang uzur kini YR Gunting Parit Raja telah beroperasi di sini.. Kedudukan kedai yang strategik kerana berada di tengah pekan disamping mempunyai dua bukaan (Dual Frontage)depan dan belakang. Kedua-dua bahagian boleh dimanfaatkan. Bahagian depan disewakan..manakala suku kedai dibahagian belakang kedai diubahsuai menjadi kedai gunting. Berbekalkan pengalaman kedai gunting di Desamas Rawang pembukaan disini sedikit mudah . Duit modal diperolehi hasil menjual motor.. Tak sanggup melihat nilai motor semakin susut kedua-dua motor lama dijual.. sebahagian dijadikan modal sebahagian lagi beli motor lain..Cukuplah sebiji..Motor tetap kena ada hehe
Tarikh pembukaan 18Mei 2016 dipilih sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang . Selalunya pelanggan berpusu-pusu bergunting rambut ketika sambutan AidilFitri...Saat yang sesuai untuk memperkenalkan kedai kepada orang ramai..Diharap dengan pembukaan ini dapat memberi khidmat terbaik terutamanya untuk penduduk setempat dan sekitaran...
Cadangan stiker cermin hadapan..Harap TMJ tak marah hehe...Meraikan kegilaan bangsa Johor dengan team bola JDT
Laluan untuk ke Kedai YR Gunting Parit Raja..Landmark mudah..Pasar kerepek Pt Raja,.. Kedai pakaian bundle juga Restoran VM
Pemandangan kedai ..Dahulunya belakang kedai yang dhaif, kini diberi nafas baru...
Cukup untuk 3 kerusi..
.
Kabinet gunting hasil kerjatangan sendiri...
Walaupun bukaan kedai sederhana besar.. penghawa dingin 2HP dipasang.. Keselesaan pelanggan keutamaan kami
Pelanggaan terawal diraikan dengan menggantungkan gambar mereka dikedai..
Kepada pelanggan budiman ..apa lagi jomlah ke YR Gunting Parit Raja...
YR Gunting Desamas Rawang boleh dibaca dilink ini...
No comments:
Post a Comment