Sunday, April 9, 2017

Europe17-D2 Swansea & Cardif

Seawal 7 pg kami meninggalkan bilik penginapan...3 pagi mata telah cerah..Mata masih mata Malaysia..Puashati menyewa bilik di Wantage Village ini..Walaupun kecil tapi kemas bersih dan lengkap...Sempat mencuci dan mengeringkan pakaian menggunakan appliance disediakan.

Destinasi pertama hari ke 2 adalah perkampungan Cotswolds lebih kurang 45 minit memandu dari penginapan kami.




.
Pernah viral perkampungan ini kerana insiden vandalisma kereta kuning oleh penduduk tempatan kerana didakwa  mencacatkan pemandangan vintage kampung..






Untuk ke sana melewati jalan jalan kecil dan ladang- ladang carnola...bungaan kuning terhampar menghiasi pemandangan...




Pemandangan penempatan lama di sini memang menakjubkan...sangat cantik dan bersih..Jeles melihat sungai dan parit yang sangat jernih airnya. Pemandangan ibarat menatap kepingan poskad. 







Paling memikat disini adalah kebersihannya...Tandas awam sangat bersih, berbaloi walaupun berbayar..



Agak lama menghabiskan masa disini sebelum meneruskan perjalanan ke Oxford University...




Melawat salah satu university ulong dunia...Di kawasan berdekatan terdapat masjid besar /islamic centre jadi senang mendapatkan makanan halal...Ternyata betul..banyak deretan kedai muslim...KfC disini pun tertera perkataan halal...Sambil memenuhkan perut, kami membeli lebih untuk bekalan.

Menuju ke Bicester Village...Kawasan beli belah popular UK. Konsep lebihkurang sama dengan JPO Johor Bahru



Pengunjung sangat ramai...Malaysian pun ramai..Melihat cara mereka berbelanja..seolah tak cukup jari jemari menjinjing barang -barang belian..Untuk kami hanya dapat membelek tanda harga sajalah...Sebagai kenangan belilah juga cenderahati...Itupun cari yang paling murah..




 
Penginapan kami hari ke 2 adalah di Swansea...200 batu dari Bicester...Untuk sampai ke sana akan melalui jalan negeri juga hiway...Jalan negeri kecil tanpa bahu jalan namun sentiasa sibuk dengan kenderaan. Di hiway kenderaan juga banyak dan akan menjadi sesak apabila menghampiri bulatan/roundabout...Boleh dikatakan setiapkali ada exit akan adalah roundabout...Ini yang akan menyebabkan kesesakan.

Hiway yg kami gunakan adalah M4..melintasi jambatan ke Cardiff perlu membayar tol £6.70..Mujur masih ada lagi lorong tunai...untuk rekod Hiway Plus Malaysia bakal menggunakan kaedah e-payment sepenuhnya bermula 24 Apr 2017...Untuk pengunjung luar yang tak tau akan menimbulkan sedikit kesulitanlah.

Jam 7 ptg tiba di rumah penginapan..Sausana masih terang benderang..Sausana cerah membantu mengawal mengantuk walaupun waktu di tanah air hampir 1 pagi..Inilah untungnya meronda diawal musim panas...suhu masih dingin tapi masa siang sudah mula panjang...Magrib di Swansea pukul 8mlm...

Hari ke 3 kami akan ke Cardiff dan bermalam di Stoke&Trent...sambil sambil tu akn menyinggah destinasi menarik..


No comments:

Post a Comment