Monday, April 10, 2017

Europe17-D4 Stoke On Trent

Berdasarkan coretan buku daftar masuk,  homestay yang kami diami hari ke 3 ini milik warga emas...Pesara guru..kini menjalankan kerja amal di gereja tempatan..Pernah bermastautin mengikuti misi gereja di Tanzania dan India...

Berikut homestay yang kami tinggal di Burton Stokeshire...Cantik , bersih dan kemas



Pagi itu dalm pukul 6.30 pagi kami check out


Destinasi pilihan harini adalah pusat jualan pinggan mangkuk di Stoke on Trent. Jauhnya dalam 40 batu dari Burton. Semasa membuat tempahan bilik online dulu tak tau pun rumah ini begitu jauh dari tempat yang bakal dituju. Namun pilihan ini rupanya tepat...Sementara premis dibuka jam 10 pagi dapatlah meluaskan lagi pemandangan memandu santai melihat sausana pelbagai tempat di UK.


Hari Ahad pusat bandar Burton tersangat lengang.. Mungkin jam 7 pagi masih terlalu awal ...Kami menyinggah di taman awam ..Foto Foto foto..

Melalui lebuhraya untuk ke Stoke On Trent...Jika kunjungan dulu kami tertanya tanya keadaan rangkaian jalanraya di UK..Kini sedikit terungkai. Jalanraya antara bandar utama adalah hiway..Manakala ke bandar kecil sesudah exit hiway dihubungkan dengan jalan negeri yang agak sempit...Jika ke pekan pendalaman jalan semakin kecil.. Jika berselisih salah satu kenderaan kena mengalah memberikan laluan. Namun pemandangan yang cantik ketika ini membuatkan kita leka  walaupun terpaksa menempuh jalan yang sempit.

Tersesat  beberapa kali mencari tempat dituju, menjumpai car boot sale...Teruja melihat dari dekat..
Konsep carboot sale adalah penjualan barangan peribadi terpakai. Daripada tidak digunakan mungkin ada orang lain yang ingin memilikinya.


Barang barang terpakai yang kekadang tak masuk dek akal turut dijual...Pakaian dalam lusuh wanita..Tak taulah samada ada yang tergamak membelinya...


Pengumpul barangan antik tentu suka konsep car boot sale ini...Barangan antik  banyak dijual...Kami membeli kereta mainan antik...hehe

Kilang Portmerion...

Tak taulah kenapa menjadi kegilaan sesetengah orang mengumpul pinggan mangkuk ini. Bersama kami memulakan langkah masuk terawal ke premis adalah empat malaysian...Kebetulan bertembung.






Biarkanlah kaum wanita yang memilih...Yang lelaki melepak disudut kedai sambil melayan internet...



Sesudah berhabis duit dikilang pinggan mangkuk meneruskan perjalanan ke Manchester. Destinasi penginapan kami ke 4 dan 5..Ikuti coretan selanjutnya..

No comments:

Post a Comment