Monday, November 20, 2017

Europe D23-Luton


Selesai meronda sebahagian kota di eropah rombongan kembali semula ke London. Selama ini membayangkan kota eropah yang indah saja walhal sebahagiannya indah khabar dari rupa...Kota-kota besar yea bersih tapi pinggiran kota agak berserabut..Penyakit warga eropah adalah mereka gemar membuat graftiti didinding -dinding awam...Hampir semua kota tak terlepas dari contengan tangan2 gatal ini





Hiway di eropah juga sering sesak ketika waktu puncak...Corak pemanduan juga agak kasar terutamanya di bandar bandar besar...Di Amsterdam pengayuh basikal adalah raja..di Itali skuter bermaharajalela..di Paris kerap saja berlaku kemalangan ...




Kembali semula ke Uk...Penyaringan masuk imigresen  Uk agak ketat...Ketika ini isu brexit sedang hangat. Jika dulu warga eropah dan uk bebas keluar masuk   sejak ada brexit ramai yang terkandas...




Setiba di London kami terus  ke Luton..Menaiki bas dari Victoria Station.. Akan bermalam di airport Luton...Kami tidak balik ke tanahair sebaliknya menyambung kembara ke selatan Itali. Penerbangan kami ke Napoli awal pagi jam 6...

Kami akan menghabiskan 7hari lagi di Itali...Akan melawat Rome, Napoli dan persekitaran sepanjang tempoh lawatan.

Mungkin ramai yang pelik  kenapa kami melalui Luton Uk dan tidak melalui Paris untuk ke Napoli...Tidak pelik kerana tiket penerbangan dari Luton-Napoli jauh lebih murah berbanding Paris-Napoli..



Napoli sangat sinonim dengan Maradona..Bintang Argentina yang bermain untuk kelab Napoli. Negeri negeri  selatan Itali seperti Napoli agak terkebelakang berbanding negeri2 diutara seperti Milan..Rome..dll




Persekitaran pun agak serabut...Ikut pandangan penulis aspek kebersihan juga aspek pemanduan tak jauh beza dengan Iskandariah maupun Cairo di Mesir...Disini bunyi hon kenderaan adalah biasa..Memasing tak mahu mengalah..


Kes pencopet pun banyak..


Lihatlah dinding- dinding lorong yang serabut dengan graftiti...Sebahagiannya diburukkan lagi dengan bau hancing sesetengah wargakota mabuk melepaskan hajat dilorong- lorong sunyi.. 






Di Itali kos sara hidup adalah tinggi...Gaji penjawat awam maupun swasta pula sederhana...Masalah sosial seperti gelandangan agak tinggi...


Di Napoli tidak sukar untuk mencari makanan halal...Banyak restoran masakan arab maupun kiosk kebab halal.. Ramai warga arab di sini...


Di Napoli kami menginap di rumah saudara yang melanjutkan pengajian 6 bulan di sana...Kos hotel dapat dijimatkan...

Coretan akan datang menukilkan lawatan kami ke Rome..Tunggu diari lawatan selanjutnya..



2 comments:

  1. Kena ajak Abe Mat ke Eropah lagi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ajak kak mah..Sementara lutut masih gagah nih pergi lah meronda lagi...

      Delete