Monday, November 27, 2017

Taman Botani Johor, Sri Medan

26hb Nov 2017

Walaupun penulis anak Johor, tapi tak tahu kewujudan taman botani ini.. Walhal taman ini sangat dekat dengan kampong halaman YongPeng.

Taman Botani Johor terletak di Sri Medan yang hanya berjarak tidak lebih 20km dari Tol Plaza  Yong Peng Utara . Tak pasti bila taman ini mula dibuka.

Pergi ke taman ini secara tidak sengaja apabila terpandang papan tanda di simpang masuk Sri Medan..Kebetulan lalu disitu untuk mencari gerai sarapan pagi. Ahad 6.30 pg ternyata banyak kedai yang belum bukak...


Taman dibuka untuk orang awam bermula 7pg dan ditutup 7ptg...


Kawasan cukup luas untuk berpagian disini...

Tak sempat meneroka keseluruhan kawasan taman.



 Terdapat dua tasik yang berbeza aras terletak sebelah menyebelah...Mula-mula tertanya  juga adakah ini tasik semula jadi...Rupanya tasik ini adalah bekas lombong bijih besi...




Penambahbaikan sedang dilakukan...antaranya membina laluan pejalan kaki ditepi tasik..

Terdapat juga sudut landskap sumbangan PBT setiap daearah di Johor.






Alangkah bagus sekiranya  landskap di bina dikawasan yang lebih luas...Pada pandangan penulis ianya terlalu sempit. Semakin serabut  bila landskap dibiarkan tak terurus.

Usaha menjadikan kawsan ini sebagai taman botani sewajibnya dipuji..


Cuma penulis agak kurang berkenan dengan binaan yang terdapat disini...Rekabentuk cincai  sangat mencacatkan suasana taman yang cuba diwujudkan. Sepatutnya terapkan elemen kedaerahan dalam setiap rekabentuk  bangunan yang didirikan ditaman. Kita mahukan taman bertaraf internasional.



Untik menghidupkan taman mohon perbanyakkan lagi aktiviti ditaman...Pihak PBT boleh menyediakan tapak perkhemahan...dengan menyediakan tapak BBQ
Tak pasti samada terdapat chalet disini...Jika tiada mohon di adakan

Sediakan juga tapak  Laman Pengantin..Jika kena dengan promosi rasanya akan jadi pilihan pasangan pengantin mengadakan majlis perkahwinan berkonsepkan taman disini.


Penganjuran aktiviti seperti ini sewajarnya dipuji dan diteruskan. Jika tidak nescaya taman akan lengang dari kunjungan orang ramai. 

Trek berbukit juga sangat sesuai untuk berbasikal lasak..Jika terdapat penganjuran jambori berbasikal rasanya akan bertambah popular taman ini..



Persekitaran nyaman sangat sesuai dijadikan kawasan beriadah keluarga...Warga setempat maupun orang luar boleh menjadikan taman ini sebagai pilihan untuk beriadah.

Secara keseluruhan penulis suka dengan taman ini walaupun  banyak penambahbaikan boleh dibuat... Cuma aspek mentenen taman perlu ditingkatkan...Penulis beri markah 2/10 saja.

Kepada warga luar sana jom jom kita ke Taman Botani Johor. 








No comments:

Post a Comment