14 July Sabtu.
Hari ke 2 Calgary kami bersantai saja. Dalam jam 11 baru keluar mencari sarapan termasuk makan tengahari terus.. Restoran sama kami pilih, restoran india pakistan.
Sesudah itu terus ke Calgary Stampede.. Menurut carian internet lokasi ini wajib dilawati untuk sesiapa yg berkunjung ke Kanada.
Calgary stampede adalah acara tangkap lembu atau menonggang lembu liar yang dipertontonkan di stadium
Sewaktu mencari cari stadium ini tadi terkena makian pembuli jalanraya yang menunjukkan isyarat lucah.. Rasanya beliau marah kami memandu dilorong laju tetapi perlahan di persimpangan lampu isyarat.. Iyealah kami bukannya biasa tempat itu..
Berdasarkan jumlah pengunjung ke stadium sahlah terdapat acara itu akan dilangsungkan.. Kami tak jadi singgah stadium kerana sangat sukar mencari tempat parking.
Stadium Calgary stampede tidak jauh dari pusat bandar Calgary...Hujung minggu di Calgary kami bersiar siar di Calgary downtown iaitu kawasan paling happening di sini.
Melawat juga Calgary Tower.. Kalaulah tower itu rendah nescaya kami ingatkan itu adalah tangki air..
Berposing juga di arca arca yang sangat kreatif dan menarik
Antara arca arca yang ada di downtown
Arca ini sangat popular di utube..
Ramai penjual barang basah mengenakan pakaian cowboy yang sangat sinonim dengan Calgary.
Magrib kami akan berkunjung ke Prince Park dan masjid terbesar Kanada.
Pemandangan bandar Calgary dari puncak bukit Prince Park..
Masjid BaitunNur Calgary..
Esok kami akan bertolak ke Edmonton pula.