22 Julai Ahad.
Harini kami melawat bandar kecil Burlington 40km dari hotel dalam setengah jam pemanduan.
Selesai urusan makan tenghari dan mencuci pakaian di kedai dobi terus ke sana.
Tiada destinasi spesifik di situ sekadar bersiar siar . Mulanya kami ingin ke pusat bandar Toronto tapi rujukan internet memberitahu harini ada festival disana dan pastinya sangat susah mendapatkan tempat parking.
Masjid adalah destinasi pertama di Burlington. Ini salah satu masjid yang disenaraikan di internet, bermakna komuniti islam disini adalah ramai. Alhamdulillah masjid dibuka. Sesetengah masjid dikunci dan hanya dibuka ketika waktu solat .
Meneruskan pemanduan santai.. Menyinggah di rumah kelab LaSalle Marina Park.
Memandu lagi di kawasan perumahan. Hati bergetar melihat keindahan kawasan perumahan disini. Masa melawat kawasan perumahan di Vancouver sudah cukup teruja rupanya di sini lebih mengujakan. Kawasan perumahan bersebelahan padang golf.. Patut pun cantik.. Semua rumah dan halaman kelihatan sangat indah sekali. Bersih dan kemas
Rasa tak puas mencuci mata melihat keindahan kawasan perumahan ini.. Umpama berada di resort percutian..
Kalau kawasan perumahan ini indah, sudah tentu Royal Botanical Garden disini lagi indah.. Tapi google membawa kami ke kawasan perkuburan pula.. Mungkin kami ter silap memilih lokasi sewaktu memulakan pencarian googlemap.
Sangat cemburu dengan budaya bersih dan kemas yang diamalkan oleh penduduk di sini..
Rasa terkilan pula tidak pergi ke Royal Botanical Garden kerana khuatir kehabisan data internet yang diparas kritikal. Pemanduan kami di Kanada ini 100 persen berpandukan tunjuk arah googlemap... Jika dataline habis gerenti akan hilang arah. Untuk menambah data terasa tidak berbaloi kerana esok adalah hari terakhir lawatan Kanada..
Jadi pulanglah ke Teronto semula..
Dalam perjalanan balik menyinggah di Misissagua 10km saja dari hotel penginapan kami.
Menjamu selera beriani Pakistan.
Sepanjang 2 minggu di Kanada tidak menghadapi masalah untuk mencari tempat makan halal..
Tempat singgahan ini majoriti restoran mempamirkan logo halal dipremis mereka..
Esok kami akan terbang ke New York..
No comments:
Post a Comment