25 Julai Khamis..
Check out jam 11, ambil kereta sewa jam 12pm...Sukar membawa bagasi, kami menaiki uber saja... Caj 22 usd..
Homestay kami di Broklyn.. Kawasan serebeh NewYork...
Harini memandu ditengah kota New York.. Bandar terbesar Amerika Utara...
Melalui Manhattan Bridge...
Latihan memandu 2 minggu Kanada memberi keyakinan memandu disini.. Lagipun memandu di Toronto bandar ke 3 terbesar Amerika Utara juga mencabar disebabkan hiway yang berselirat.. Menguji kecekapan membaca peta penunjuk arah sambil melayan kegugupan memandu sebelah kiri..
Sebagaimana pemanduan dibandar- bandar besar, corak pemanduan disini juga agak kasar.. Pemanduan sopan santun nampaknya milik pemandu kawasan luar dari bandar saja..
Sejujurnya penulis lebih suka keadaan ini... Kesilapan pemanduan kita tidaklah ketara sangat dengan corak pemanduan warga sana.
Minyak dan angin lebih murah berbanding Kanada.
Menyantuni sahabat lama wife yang terpisah 20 tahun dulu... Pernah satu ofis dulu di Malaysia sebelum pasangan ini berpindah ke US.. Dulu warga India kini warganegara US dan menetap di Bethlehem Penslvyania..
Pemanduan hiway sini lebih kurang di Malaysia.. Keadaan jalan atau pemandangan kiri kanan jalan. Jika tidak kerana bentuk bentuk trak yang berbeza, tidak begitu terasa berada beribu kilometer dari tanahair..
Penginapan malam ini secara walk in tanpa tempahan awal.. Banyak hotel sepanjang hiway ini...
Ford Fiesta yang akan menjadi peneman dua hari... Kapasiti kecil mengaum bila diperah...
Akan menyambung pemanduan ke Washington... Menyinggah di sana sebelum ke Ohio Columbus.
No comments:
Post a Comment