Monday, August 13, 2018

Cameron Highland Ogos18

Isnin 13hb Ogos... Harini bersiaran di CH...Anak sulong mengajak bermalam di sini... Ok jadi...Lagipun dah lama tak menatap cucu sulong.

Awal lagi kami dah keluar rumah...

Pukul sebelas pagi tiba di Restoran Nasi Bamboo Sg Klah Sungkai Perak.. Singgah disini untuk makan tengahari... Tadi sengaja sarapan ala kadar untuk menikmati makanan disini setelah sebulan tak merasai masakan tempatan.



Ini yang paling mencabar memilih makanan yang bersusun... Semuanya membuka selera... Sebulan dinegara orang  US Canada mana nak dapat beranika lauk sebegini.. 



Betul lah Malaysia syurga makanan.. Pilih lauk  ayam kampong dan bawal salai dengan sayur beserta pelbagai ulaman dan kerabu caj untuk dua orang makan harga tidak sampai Rm40. . Bayangkan kalau pengunjung luar yang nilai duit mereka lebih tinggi tak ker akan meratib cheap cheap.. Cheap



Sesudah makan terus menuju CH melalui Tapah... Persinggahan pertama dah tentu Hentian Teh Cameron Valley.. 


Cuma harga teh disini se teko kecil untuk dua org harganya rm9. Sepatutnya boleh dmurahkan lagi.. Kita berada diladang takkan harga teh macam berada diluar kawasan. 



Perubahan ketara sejak kali terakhir lawatan kesini adalah papan tanda Cameron Valley... Ok bagus

Melawat kebun KHM Strawberries n Jem...


Stawbery segar dari kebun.. Satu pek kecil ini Rm7.. 


Minum lagi sambil makan strawbery segar bercicah coklat.. 


Kebetulan tadi ada shooting filem drama.Isteriku Dalam Sangkar.. Ermm entah betul ker tak apa yang diberitahu oleh krew penggambaran tadi.. 


Berinchang diwaktu malam... Diluar nyaman tapi didalam bangunan penginapan kami ni sejuk yang amat..

Banyak penambahbaikan perlu dibuat di CH ini.. Cuaca nyaman tapi sayang persekitaran masih ditahap mengecewakan.. Kebersihan dan kekemasan perlu ditingkatkan. Penampilan kedai dan gerai masih jauh dari standard destinasi pelancongan popular. Terasa betul kerdilnya bila dibandingkan dengan negara maju luar. 


No comments:

Post a Comment