Harini menerima boots motor yang dibeli secara atas talian. 2 hari sebelum itu menerima mesin gunting yang dibeli pada waktu yang sama.
Pembelian diatas talian ini semakin popular diseluruh dunia...
Yang lecehnya barangan yang kita beli itu kekadang tidak menepati apa yang kita mahukan. Boots ini agak sempit... Jika kita membeli secara tradisional kita boleh mencuba.. Setelah puashati baru membeli.. Walaupun produk boleh dikembalikan tapi agak kesuntukan memandangkan hanya beberapa hari saja untuk pulang ke tanah air..
Menunaikan solat jumaat di masjid berdekatan dengan Universiti Ohio.
Penyampaian khutbahnya bagus.. Disampaikan secara santai..
Dimasjid ini mereka menunaikan solat jumaat dua sesi.. Mungkin untuk mengatasi kesesakan jemaah atau mengambil kira waktu rehat warga kerja pejabat.
Selesai solat terus ke Amish County...
Warga Amish bergerak ke sana sini dengan kereta kuda..
Wanita wanitanya hanya mengenakan warna pakaian tertentu. Warna biru paling popular dan berskaf..
Warga amish merupakan imigran swiss. Mereka mengamalkan salah satu mazhab kristian ortodok.. Masih mengekalkan budaya lama.. Berkahwin dikalangan mereka sahaja.
Anak anak akan dibaptiskan apabila mencapai usia remaja. Ketika ini mereka diberi peluang samada memilih untuk kekal atau keluar dari kelompok amish... Kebanyakannya memilih untuk kekal.
Meneruskan perjalanan ke Cleveland.
Dalam perjalanan ke Amish County tadi sengaja mengelak menggunakan lebuhraya.. Melalu jalan negeri dan pekan-pekan kecil.
Diperhatikan kampung-kampung disini sangat kemas . Landskap dan rumput dihalaman terpelihara rapi.
Setelah mengharungi lawatan dibeberapa negeri US boleh dikatakan keseluruhan pekan pekan kecil di US serba lengkap... Tiada keperluan untuk penduduk berhijrah ke bandar bandar besar.. Tak hairanlah dibandar - bandar kecil sausana begitu santai sekali
Kelompok muslim juga ramai di US.. Hampir segenap tempat yang kami kunjungi terdapat masjid..
Di Cleveland kami berkunjung ke Hall of Fame Rock n Roll
Seterusnya meronda bandar Cleveland.. Seperti kelaziman, bandar sederhana besar dan tidak sibuk..
9 malam mengakhiri lawatan Cleveland dan pulang ke Columbus semula. 3jam pemanduan melalui lebuhraya..
No comments:
Post a Comment