Monday, December 24, 2018

3H2M-Kuala Kurau



3H2M kali ni membawa kami ke Kuala Kurau. Sempena cuti hujung minggu dan bersambung dengan cuti Krismas Selasa lebuhraya sesak. Sesudah menghadiri majlis perkahwinan anak jiran di Sg Buluh kami memilih jalan persekutuan  sehinggalah Simpang Pulai. Trafik jalan persekutuan lancar, disebabkan terpaksa melalui pekan pekan kecil dan lampu isyarat pemanduan keseluruhan lambat juga.. Hampir 3 jam baru tiba Spg Pulai.. Seterusnya memasuki lebuhraya... Alhamdulillah kesesakan lebuhraya sesudah Simpang Pulai terkawal. Menghampiri magrib tiba di rumah sewa anak di Kuala Kurau... Berbanding 3 jam lebih pemanduan hari biasa, hampir 7 jam  dikala cuti umum.. Ermm.




Hari Ke2.

Kuala Kurau terkenal dengan ikan- ikan segar.. Kunjungan pertama  kami harini adalah pasar awam Bt Lima...Teringin sup ikan merah dan kari sembilang... Sup ikan merah itu biasa tapi kari ikan sembilang rasanya belum pernah mencuba.. 

Di Kuala Kurau selain mee udang, kari ikan sembilang juga cukup popular,. Kebanyakan gerai memaparkan masakan kari ikan sembilang.. Itu pasal teruja mencuba.. Pasar awam takda menjual ikan sembilang...



Seusai pasar menuju Tanjung Piandang.. Ingin melihat jeti mendaratkan ikan selain pantai disini. Ternyata pantai di barat semenanjung berbeza dengan pantai di timur semenanjung.. Di Tanjung Piandang ini pantai berlumpur telah diperkukuhkan dengan batu batan dan struktur konkrit untuk mengelakkan hakisan.

Makan tengahari hari ini di Kuala Sg Gula.



 Kelihatan udang udang maupun ikan kering dijemur secara terbuka. Anjing, kucing bebas melepaskan hajat jika mahu.. Tekak mula kembang memikirkan produk ini yang akhirnya akan tiba dipinggan jua. 



Restoran terapong di Kuala Gula cukup popular dikalangan orang ramai..Pengunjung sanggup datang dari jauh untuk merasai sausana berbeza di restoran terapung  di muara sungai. Sewaktu kami tiba mat- mat motor  sedang turut menjamu selera...




Jika ingin bermalam di Kuala Gula juga boleh. Resort mini menyajikan pemandangan indah muara sungai. 



Sangkar-sangkar membela udang




Set hidangan tengahari pastinya termasuk kari ikan sembilang. Makanan sedap harga berpatutan.

Petangnya berkunjung ke Tasik Taiping pula. Cuma masa agak terbatas  untuk meneroka kawasan tasik  kerana bertolak agak lewat..Jarak juga agak jauh hampir 50km dari Kuala Kurau. Tak sampai sejam azan magrib telah berkumandang di masjid berhampiran... 








Akan berkunjung lagi kesini di masa akan datang..





Hari ke3 melepak saja dirumah sambil bermain dengan si kenit sementara menunggu anak- anak menyelesaikan tugasan di tempat kerja masing-masing. ... 

Sebelah petang kami berangkat semula ke KL.

4 comments:

  1. restoran tu famous dengan ketam lembut. dekat ngn rumah ni.. last pegi masa arwah ayah ada lagi.. lama x pegi..

    ReplyDelete