12hb Feb 2019
Selalu orang cakap nak buka restoran kena tahu memasak, nak menjadi penternak kena faham selok belok haiwan... Nak mengusahakan kedai barber wajib tahu menggunting rambut...Sebenarnya itu bukan syarat utama.. Jika memiliki skil tersebut hanyalah satu kelebihan.
Bermula dengan cadangan kerani pemaju perumahan semasa membeli unit kedai dahulu, kini penulis semakin seronok mengusahakan kedai gunting rambut . Jika pembukaan kiosk bas ke2 ini berjaya, 5 dari minima 7 outlet yang diangan - angankan berjaya direalisasikan...
Bersesuaian dengan modal yang tak seberapa, target market adalah orang kebanyakan.. Golongan ini lebih mementingkan nilai berbaloi untuk setiap sen yang dibelanjakan. .. Penampilan kedai walau biasa- biasa itu memadai yang penting servis bagus dan hasil guntingan menepati citarasa.
Dah buat perbandingan outlet kabin dengan bas. Hati tetap terarah ke bas juga..
Pembelian bas kalini hanya badan tanpa enjin.
Bas isuzu... Ermm tak jadi beli.. harga mahal lebih 6ribu
Percubaan awal menggunakan bas sebagai kiosk gunting ternyata berjaya. Mengulangi jalan pintas menggamit pelanggan ke kiosk gunting, kiosk gunting bas ke2 bakal menemui pelanggan tidak lama lagi.
Mercedes Benz.. Wow... Body cantik.. Harga ok 2 ribu tanpa enjin...
Berbekalkan pengalaman terdahulu, perancangan kalini dibuat dengan lebih berhemat. Pengubahsuaian dalaman dan luaran akan dibuat secara minima...Luaran akan mengekalkan keadaan sedia ada... Mungkin akan diubah suai kepada 'Kiosk Gunting Bas Sekolah' dengan menampal sticker...
Berdasarkan anggaran kasar rasanya kos keseluruhan nanti tidak melebihi 10 ribu, separuh dari kos pertama dulu...
Amacam ok tak macam ni... 😊