Sabtu 5hb Oktober 2019
Pertama kali penulis merasa ulam bayam brazil., mungkin sebab baru dipetik ianya sangat rangup. Krup ..krap..krup..krap. Selain dijadikan ulaman, bayam ini khabarnya boleh dibuat pelbagai jenis masakan sayuran, nak tumis boleh, nak rebus saja pun boleh..
Pokok ni mudah ditanam melalui keratan batang. Elok lah memanfaatkan batas mini yang penulis telah sediakan sebelum ini.
Berdasarkan carian info di internet selain sedap dimakan, sayuran bayam ini amat kaya dengan khasiatnya iaitu,
- Melawan kanser
- Mengekalkan kesihatan mata
- Sumber vitamin K
- Menguatkan tulang
- Membantu menurunkan berat badan
- Meningkatkan sistem imuniti badan
- Membantu sistem penghadaman
- Mengelakkan daripada sembelit
- Membantu melancarkan darah
- Mencegah anemia
- Mengatasi masalah gusi
- Mutrisi yang baik untuk pembesaran
- Mengekalkan stamina
- Mengekalkan kesihatan mulut
- Mengikat kalsium
- Mencegah penuaan pramatang
- Mengekalkan kesihatan ibu mengandung
Tak rugi meringankan tangan berbudi pada tanah, selain mengeluarkan peluh, kita dapat sayuran segar terus dari ladang.
Jom jom berkebun..
Ye, banyak manfaat tumbuhan herba ini
ReplyDeleteBayam brazil dlm bahasa tempatan apa yea wak
Delete