Friday, October 25, 2019

Ronda Balkan D6-Old Brige Mostar & Kravice Waterfall

 Lawatan hari ke 6

Penginapan malam ke 6 di Mostar, Bosnia Herzegovina.  Mostar adalah pusat pentadbiran untuk Herzegovina. Pelik sikit dengan negara Balkan yang baru merdeka ini. Bosnia Herzergovina adalah satu negara dengan dua pentadbiran berbeza...Jika Herzegovina di Mostar, Bosnia pula pusat pentadbiran mereka di Sarajevo.



Pagi melawat jambatan ikonik Old Bridge Mostar, tidak jauh dari hotel. Lokasi yang mendapat pengiktirafan Tapak warisan dunia Unesco. Jambatan ini dibina semula setelah rosak dibom semasa perang Bosnia -Serbia1992. 







Tertanya tanya juga apa istimewanya jambatan ini sehinggakan menjadi rukun dan tidak sah lawatan ke Balkan jika tidak pergi ke sini. Jabatan ini dibina oleh sultan Sulaiman pada 1556 merupakan jambatan pertama terpanjang di eropah.



Pada pandangan penulis jambatan yang dibina semula terlalu kaku dan moden , sepatutnya ditiru seni kemasan binaan asal.






Lagi lawatan wajib Balkan seterusnya, Kravice Waterfall. Semalam sepatutnya ke sini tapi tidak kesampaian, terlewat sebab ada masalah dengan sistem komputer imegresen di sempadan. Lencongan melalui jalan tikus mengambil masa yang lama.



Mujur ada trem yang baru saja diperkenalkan. Bayaran €1 sehala seorang. Dulu pengunjung perlu berjalan kaki menuruni trek dan tangga untuk ke air terjun.., untuk pengunjung muda tiada masalah,  pengunjung berusia pastinya sangat mencabar.







Pemandangan air terjun sangat cantik ibarat air terjun skala mini Iguazu Fall Argentina/Brazil, cuma persekitaran biasa-biasa saja. Faktor wow saat menjejakkan kaki dan melihat  terjunan air  hanya pada skala 2 atau 3 , kalah dengan getaran jiwa ketika mula melihat keganasan air terjun tropika seperti Sg Chilling, Kuala Kubu Baru yang penulis kunjungi 2 minggu sebelum berangkat ke Balkan..




Sesudah solat  di Mostar terus beredar ke Sarajevo. Teringin melihat bandar yang sering disebut sebut di era peperangan 92-95 dulu.





Beginilah pemandangan sepanjang perjalanan dari Mostar ke Sarajevo...Gunung, gunung dan gunung.


Perjalanan mengambil masa yang lama hampir 5 jam untuk ke Sarajevo. Singgah makan di restoran ini. Restoran yang sering kali tour operator singgahi ketika membawa rombongan Malaysia.

Tiba di Sarajevo hari telah gelap..Akan bermalam dihotel sama untuk 2 malam berikutnya

No comments:

Post a Comment