Tuesday, October 15, 2019

Ronda- ronda Balkan 2019


Wow wow tak sabar nak meronda lagi..1 hari lagi sebelum berangkat Khamis. Benarlah apa yang dikatakan, meronda ronda ni adalah juga satu penyakit, pantang ada peluang dan kewangan, akan segera terbayang destinasi baru.


Dah beli jaket kulit Pakistan  sebagai persediaan menghadapi cuaca dingin. Ganti jaket lama yang agak uzur.

Ronda-ronda kali ini ke Balkan..! Ronda ronda Balkan agak mudah sebab kami mengikuti rombongan. Ada kelebihan dan kekurangan bila meronda secara berkumpulan. Kelebihan utama pastinya kita tak pening mengatur trip. Ikut saja arahan. Sangat bermanfaat sekiranya ke negara yang agak asing.

 Dan kekurangan utama adalah kita kena ikut jadual yang ditetapkan dan kebiasaannya kos ronda ronda akan lebih mahal.. Selalunya jika meronda ke luar negara, harga pakej akan dapat diseparuhkan jika meronda sendirian . Cuma rombongan Balkan ini agak berbaloi dalam 7-8ratus sehari, jadi kami ikut serta.

Kini dizaman internet ronda ronda sendirian lebih mudah. Maklumat penginapan, kenderaan, kunjungan tempat menarik dsb mudah diperolehi diinternet.

Yeah..iterinari ronda ronda Balkan..


Jom jom jom..!




2 comments: