Selasa 17 Disember 2017
T.Pinang adalah ibukota Kepulauan Riau, bandarnya besar, sausana tak banyak beza dengan bandar bandar Malaysia, kecuali agak kurang tersusun, dan tiada bangunan bangunan tinggi. Kenderaan popular sebagaimana tempat lain Indonesia adalah Toyota Inova dan Avanza. Jenama Suzuki banyak juga.
Selasa pagi sesudah sarapan terus memulakan misi meronda pulau.
Singgahan pertama adalah ke kuburan pembesar dahulu.
Semenjak kerajaan Indonesia mengecualikan visa terhadap pelancong China, banyak resort resort dibina untuk menampung permintaan yang semakin bertambah..Cuma agak mengecewakan pelabor pelabor China langsung tidak menghormati budaya setempat..Paling ketara mereka lebih mengutamakan tulisan cina berbanding tulisan bahasa Indonesia.
Sesudah Pantai Trikora di timur, beredar ke
bahagian barat melalui kaki gunung Gunung Bentan menuju ke Tasik Biru dan Gurun Telaga Bintan..
Melawat Bentan untuk tengok tengok tempat baru ok...Tapi kalau datang untuk melihat tempat cantik, itu bergantung kepada penilaian masing masing.
Kekadang rating diinternet terlalu berlebih lebihan sehingga menjadi indah khabar dari rupa. Gurun Telaga Bintan umpamanya adalah lombong tinggalan yang operasinya dulu dihentikan oleh pemerintah. . Pasir pasir lombong terbiar dipromosi sebagai suasana digurun. Berbas bas pelancong datang melewat disebabkan keterujaan ingin mengetahui gurun yang dimaksudkan.
Mengingatkan penulis dengan lawatan Lombok dimana Banglow terbengkalai dipromosikan sebagai Villa Hantu. Berduyun duyun pengunjung datang ingin melihat villa tersebut.
Yang mengujakan penulis dengan lawatan ini apabila kita cuba mengaitkan dengan sejarah hubungan antara Bentan dengan Johor. Laksamana Bentan yang menikam sultan dalam kesah Sultan Mahmud mangkat dijulang, berasal dari sini.
Melopong mendengar bila dikhabarkan bahwa orang Bentan akan muntah berdarah jika melawat Kota Tinggi sehingga tujuh keturunan, akibat sumpahan sultan ketika dibunuh.
Hang Tuah juga didakwa berasal dari Bentan...Kuburnya di didakwa berada di Gunung Bentan. Cerita cerita hikayat sebegini menambahkan minat untuk mengetahui kesan-kesan peninggalan sejarah selanjutnya .
Anak anak seronok berkubang, walaupun sedar tandas tidak jauh dari tempat bermandi manda..Alah bisa tegal biasa.
Selamat melancong
ReplyDeleteterimakasih wak...jauh perjalanan luas pemandangan..
ReplyDelete