Kesinambongan singgahan masjid Ubudiah Kuala Kangsar Perak, zuhor kami singgah di Masjid Muhamadiah/masjid cina Tasik, Ipoh pula.
Kalau masjid india itu sering kita dengar dan singgah.
Di pekan Sg Siput pun terdapat satu masjid India, mengenalinya kerana tertulis sedemikian dipapantanda . Kita tidak begitu perasan sebab ciri binaan masjid India tidak jauh beza dengan masjid masjid lain.
Bila terbaca ada masjid cina di Ipoh segera teruja untuk singgah. Melihat kepada ciri binaan, rekabentuk mirip Masjid Niujie Beijing China. Jika tidak kerana tulisan kaligrafi jawi dipintu gerbang nescaya kita akan menyangka bangunan ini adalah sebuah tokong.
Ada dua buah lagi masjid cina yang menerapkan ciri binaan serupa, satu di Kota Bahru, Kelantan dan satu lagi di Melaka.
Masjid Cina di Tasik Ipoh ini pernah memenangi anugerah tempat ibadah paling bersih di Perak.
Benar bagai yang dikata, hanya agama mampu menyatukan hati hati manusia... Walaupun berbeza bangsa, disebabkan bertauhidkan yang sama terbit rasa sayang terhadap saudara seagama.
No comments:
Post a Comment