Sunday, March 29, 2020

Cara Cambah Tauge Mudah..

Sabtu

Sempena PKP C19, mari kita isi masa lapang dengan aktiviti berfaedah.

Harini penulis mencambah tauge lagi..Ini kali kedua penulis mencambah tauge. Pertama dulu buat ok menjadi tapi dirasakan agak leceh sebab menggunakan bakul yang didalamnya dialaskan dengan beberapa helai tuala basah..Setelah tauge tumbuh mencabut tauge dari tuala tu yang agak remeh..

Kalini nak dipermudahkan lagi, tanpa menggunakan tuala basah.


Balang plastik ditebuk lubang keliling termasuk penutup dan dasar balang. Bekas ini akan terus dijadikan alat khas untuk mencambah tauge berikutnya. 


Kacang hijau direndam dengan  air suam selama 4 jam.


Selepas toskan air terus masukkan kacang dalam balang plastik. Alas dengan bekas supaya air lebihan tidak membasahi sekeliling.

Eloknya menggunakan balang berasingan, setelah siap nanti ianya mudah disimpan didalam peti sejuk  dan hanya dikeluarkan jika perlu.


Balang diserkup  dengan plastik hitam kedap cahaya.


Serkup lagi dengan beg kertas atau apa saja supaya balang benar benar bebas dari cahaya.

Siap dah..3, 4 hari nanti tauge sudah sedia untuk dituai..

Untuk tumbesaran bagus kacang disiram setiap hari.

Dengan kaedah tersangat mudah ini tiada sebab untuk kita tidak mencambah tauge sendiri.

Selain tauge kacang hijau, kita boleh pelbagaikan benih tauge..Tauge kacang soya pun enak dimakan..

Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment