Saturday, April 18, 2020

Jom Buat Tauhu Cara Mudah...

18hb April 2020, Sabtu

Misi mewujudkan suasana rumah bandar dalam  kebun  (urban homstead) diteruskan. Rumah bandar dalam kebun  membawakan konsep berdikari, meminimakan membeli keperluan dari luar, sebaik mungkin semuanya cuba dihasilkan sendiri.

 Dalam kekangan kawasan terhad kita mencuba apa yang boleh. Sangat terinspirasi dengan perkongsian Utuber bagaimana mereka memanfaatkan kawasan bumbung untuk bertanaman bukan saja untuk kegunaan sendiri bahkan hasilnya turut dijual.. Tiada yang mustahil jika ada kemahuan.

Semalam pokok durian belanda yang dibeli secara online telah tiba. Baru perasan pokok ditibakan dari Kota Bharu. Dikhabarkan benih kacukan siam ini mampu berbuah seawal usia sembilan bulan.



Pokok nangka yang disemai dari benih biji pun semuanya telah tumbuh.

Apa yang dipelajari harus dipraktikkan. Belajar dari UTube harini penulis cuba membuat tauhu sendiri.

Benar, paling senang dan murah boleh saja membeli tauhu dikedai tapi dengan cuba membuat sendiri kita akan dapat beberapa produk sampingan yang boleh dimanfaat untuk lain lain kegunaan.

1. Perahan utama menghasilkan tauhu atau fucuk
2. Perahan kedua sebagai air minuman susu kacang soya
3. Hampas yang diperam digunakan sebagai makanan ternakan sesudah di adun sekurangnya dengan garam.


Kacang soya dibersihkan dan direndam semalaman. Penulis menggunakan 500gm kacang soya.

Campurkan soya dengan air pada nisbah 1:1. Sesudah di kisar dengan blender tapis untuk mendapatkan pati soya.



Masak pati sehingga mendidih. Kacau pati supaya tidak berkerak.

Biarkan sehingga sejuk/suam



Wah fucuk terbentuk semasa menyejukkan pati soya...


Serbuk Citrid acid( grade makanan) yang penulis beli secara online. Rm25 sekilo ermm boleh guna berkurun nih. Sepeket 500gm..


Tambahkan setengah sudu makan serbuk asid citric. Boleh juga menggunakan cuka tapi tips yang penulis baca gunakan citric acid untuk lebih menjadi. Pati akan menggumpal. Teruskan mengacau. 


Masukkan pati dalam pencetak. Gunakan kain kasa sebagai alas yang diletakkan dalam bekas pencetak supaya air dapat bebas ketika gumpalan pati tauhu mengeras. Letak pemberat untuk memampatkan pati soya.

Tunggu sehingga boleh dipotong.

Ini adalah percubaan pertama penulis, jadi hasilnya pasti tidak begitu sempurna..Buatan sendiri memang tidak boleh dibanding dengan produk komersil kerana kita menggunakan peralatan apa yang ada dirumah..Untuk kegunaan sendiri oklah..

Saya telah mencuba, anda bila lagi...

2 comments:

  1. Lepas ni cubalah buat tempe pula kang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tau kat mana nk dptkan ragi tempe wak..kalu tgok cara buat mcm x susah sgt

      Delete