14hb April 2020 Selasa.
Penulis terinspirasi dengan perkongsian utuber warga kota mengusahakan kawasan terhad keliling rumah dengan pelbagai tanaman dan belaan.
Segalanya mungkin jika merancang dan menyusun untuk mendapat hasil yang luarbiasa. Walaupun tanah terhad setidaknya mampu untuk tidak terlalu bergantung dengan produk luar.
Salah satu keperluan untuk menghasilkan tanaman yang subur adalah pembajaan berterusan.
Air belaan ikan boleh dimanfaatkan untuk pengairan sistem hidroponik/aquaponic..Projek mini yang penulis sangat minati. Kolam dan ikan telahpun ada cuma sedikit penambahbaikan untuk memanfaatkan sumber nutrient daripada ikan kepada tanaman pula.
Memanfaatkan lebihan kayu ketika mengubahsuai rumah dulu, penulis membuat reban burung puyuh. Ketika PKP ini sebuah reban mampu disiapkan dengan menggunakan bahan sediada.. Jaring pun lebihan semasa membuat penghalang merpati dari bersarang dikepala tingkap.
Untuk ekosistem yang baik, flora dan fauna tidak dapat dipisahkan..Setiap satunya saling memerlukan. Memikirkan kawasan terhad tapi ingin mendapatkan baja tinja haiwan, penulis mencuba membela puyuh.
Reban bertingkat bersaiz 1.7T x 0.6L x 1.0P mampu menempatkan 100 ekor puyuh. Puyuh penelur mampu menghasilkan telur, daging dan biproduk baja. Cuma kena fikirkan bagaimana untuk mengelakkan kehadiran lalat.
Bahan yang diperlukan untuk membuat sabun organik telah sampai... Produk tak mahal dan boleh dipakai untuk jangkamasa yang lama sebab hanya perlukan sedikit saja bahan ini untuk membuat sabun.
Apabila tanaman subur, bunga bungaan semakin banyak, situasi ini tentunya sangat digemari oleh lebah..Dalam keadaan biasa-biasa si lebah liar berminat bersarang di pokok Salam perkarangan rumah penulis.
Bayangkan jika semakin banyak pokok bunga dan sayuran ditanam, rasanya kelulut akan betah jika dibuatkan rumahnya nanti.
Wah wah projek madu kelulut lah pulak lepas ni...
Mudah2an berjaya menternak puyuh dan kelulut
ReplyDeleteIn Sha Allah wak..Amin
Delete