Friday, May 1, 2020

Misi Menyiapkan Projek-Projek PKP...

1hb Mei 2020

Misi menyiapkan projek-projek pkp tetap diteruskan walaupun dengan kekangan pergerakan. Kos pembinaan diusahakan semurah mungkin.


Sebahagian jalan utama antara taman  ditutup dengan blok konkrit, hanya boleh dilepasi dengan kenderaan dua roda. Kedai menjual barang-barang lusuh pula berada diseberang sana, jadi terpaksa menggunakan motorsikal untuk mengangkat kayu kayu.


Bukannya tiada papan untuk menyiapkan reban, tapi perlu dibelah untuk mendapatkan kepingan kecil dan sangat  melecehkan..Jadi terpaksa membeli  kayu terpakai untuk menyiapkan rangka bumbung .



Setelah dipindahkan ke lokasi dikhendaki, reban mini kelihatannya sangat cocok di situ. Apabila jaring keliling reban dipasang  dan pokok renek dibersihkan, rasanya ayam pun suka tinggal disini..hehe 


Reban puyuh pun kelihatan santai dilokasi ini. Kewujudannya disitu tidak begitu menonjol.


Rahmat musim pkp walaupun hardware tutup, otak ligat mencari jalan mencari bahan untuk membuat chamber pembakaran insinerator. Ditempat buangan inilah batu-bata diperolehi.


Rancangan menyiapkan insinerator mini tergendala seketika ketika ini. Penutup chamber konkrit terpaksa disiapkan dilantai kerana kekurangan bahan penongkat dan alas plywood semasa membina penutup itu, kini perlu menunggu konkrit benar-benar matang sebelum boleh dipindahkan menutupi chamber pembakaran.



Penutup chamber berisiko pecah jika dipindahkan segera..walaupun dikuatkan dengan besi tapi ketebalan konkrit tidak begitu mencukupi akibat kekurangan bekalan pasir. Selepas seminggu baru boleh dicuba untuk dipindahkan..tak kuat juga kena tunggu 14 hari..Tak kuat juga kena buat barulah nampaknya.


Jika dibuat terus diatas chamber, sistem paip boleh diteruskan tanpa perlu menunggu konkrit matang.

Hah pening dah  nak dibuat apa lagi sesudah ini..