Berada di daerah Hulu Selangor, melalui Jalan Tg Malim -Kuala Lumpur, tersenarai 2 tempat ini di batu tanda pinggiran jalan, Kolam Air Panas Kerling dan Santuari Ikan Kelah Sg Chiling sebagai destinasi menarik yang perlu dilawati jika berkunjung ke daerah tersebut.
Santuari Ikan Kelah dan Air Terjun Sg Chiling sememangnya sangat menarik, penulis singgahi secara tidak sengaja ketika dalam perjalanan ke puncak Bukit Frazer dulu, tapi lawatan ke Kolam Air Panas Kerling ada sikit menghampakan.
Kunjungan Jumaat, Kolam Air Panas Kerling sunyi...tak pasti dihujung hujung minggu..
Mujur penulis telah merendahkan jangkaan ketika memutuskan untuk melawat tempat itu semasa pergi ke Pekan Kuala Kubu Bharu Jumaat lepas. Walaupun prasarana dibina tapi melihat keadaannya sekarang, kawasan ini seolah terbiar. Rugi berbelanja tapi dibiarkan tidak berjaga.
Dahlah ke sana main agak- agak sebab petunjuk arah tidak mesra pelawat, terutamanya ketika disimpang-simpang. Sebelum tiba hati cuak samada menuju ke tempat yang betul kerana melalui jalan kecil berbelukar dikiri kanan jalan...
Ini yang penulis malas pergi ke tempat yang kononnya menarik, sepatutnya berkunjung ke sana hati akan girang tapi selalu yang terjadi adalah sebaliknya, hati pedih melihat tempat tidak bermaya dan tidak begitu terurus..
Penulis beri 1 bintang saja..