Ayam remaja penulis sudah memasuki usia 3 bulan, namun sebahagiannya masih bersaiz kecil, belum mencapai berat ideal untuk disembelih. Manakala anak ayam pula sudah makin membesar dan semakin rimas berada diruangan sempit. Anak-anak ayam ini sepatutnya dipindahkan ke reban yang lebih besar ketika berusia 21 hari tapi tergendala kerana sebahagian stok ayam remaja masih disitu. Pernah cuba dilepaskan bersama tapi teruk dibuli.
Sebagai jalan penyelesaian reban dan lingkungan transit dibina...sementara ayam remaja habis disembelih, anak ayam memasuki usia remaja ditempatkan disini. Reban anak ayam yang dikosongkan bolehlah diisi dengan baka ayam baru, dengan cara ini kitaran/rantaian bekalan ayam tidak terputus.
Reban dibesarkan menggunakan bahan terpakai. Tiada keperluan memasang jaring di struktur tambahan reban tersebut.
Pemisah aka pintu pula dibina menggunakan rangka tingkap aluminium yang tersimpan lama dibelakang rumah. Tak sangka saiz rangka tingkap begitu ideal sekali dijadikan pemisah.
Nanti setelah dihiaskan dengan lampu lip lap berwarna warni nescaya akan kelihatan lebih ceria dan mewah reban ini..hehe..
Selain kucing.. arnab, membela ayam juga boleh menjadi aktiviti menghiburkan, ia juga sebahagian terapi minda...
Jom jom berternak...
Cuba cari baka ayam kampung kacuk (AKK).
ReplyDeleteCepat membesar, 2 bulah dah boleh panen
Baka ayam ada ayam kampung, ayam laga...itu sebab tumbesaran tak sama
DeleteGuru paling berkesan ialah belajar dari pengalaman. Moga usaha selepas ini semuanya akan membuahkan hasil seperti yang diharapkan.
ReplyDeleteYea betul puan..
Delete