Friday, November 20, 2020

Bunuh Diri Berkelompok...

Maut jangan dicari. Perangkap bukannya tersorok tapi diletak terang-terangan...Hah dah kamu langgar juga memang cari nahas lah...



Dah macam jangkitan covid19, tikus pun ada macam- macam kluster. Kluster reban yang paling berleluasa diikuti dengan kluster dapur dan kluster stor.

Pelbagai kaedah perangkap digunakan. 

Pernah menggunakan racun seperti biji beras., lecehnya bangkai tikus sukar dikesan kecuali setelah  berbau busuk.

Pernah juga menggunakan perangkap baldi dengan penutup jerlus...tikus masih boleh meloloskan diri, baldi perlu betul-betul dalam agar mangsa tidak mampu melompat keluar.

Nampaknya perangkap pelekat getah paling berbisa. Sejak digunakan rasanya dah berbelas tikus berjaya dijerat. Cuma lecehnya bila tikus terperangkap tak tau apa harus dibuat dengan mangsa kecuali dibiarkan mati secara perlahan...Terbit juga rasa bersalah. Dilepaskan ditempat lain pun tak guna sebab seluruh badan diselaputi getah. 

Geramnya dengan tikus kluster reban, mereka dah tak segan silu berkongsi makanan dengan ayam-ayam. Gemuk-gemuk dan cepat benar  membiak. 

Tangkapan tikus harini paling lumayan. Semuanya dari kluster reban.



Tangkapan pertama sekali kena 2 ekor !. 



Selang berapa minit kena lagi seekor... 3 ekor dah.



Hait, tak lama kemudian kena lagi...4 ekor

Yang terperangkap di kluster luar reban ini bersaiz tidak begitu besar, dari kelompok anak-anak barangkali.



Bila terdengar bunyi menggelepar segera melihat perangkap. Sah kena...

Tangkapan ke 5 ini memang besar. Kluster dalam reban.

Diperhatikan masih ada lagi 2 ekor tikus dewasa yang masih berkeliaran di persekitaran reban...

Mungkinkah akan terperangkap malam ini...Esok pagi bakal mengetahui jawapannya.




 

6 comments:

  1. Tikus yang bermaharajalela di reban memang perlu dihapuskan.

    ReplyDelete
  2. Dulu saya perhati kucing-kucing suka berkeliaran di sangkar-sangkar ayam, menunggu tikus-tikus keluar dari celah sangkar ayam. Kekadang jahat juga tikus tu sampai ibu ayam bontot merah sebab nak cuba makan telur atau anak ayam waktu malam. Banyak kucing datang takde masalah sangat tikus di sangkar ayam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kucing skrg kucing whiskas..bkn xder kucing berkeliaran tepi reban...malas dh kot nk menyiat daging...

      Delete
  3. Masha Allah! Seingat saya kalau Encik Suami pasang perangkap guna getah begini, paling banyak pun seekor jew yang lekat. Ni dah cukup banyak ni, boleh dilelong!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalaulah yg ditangkap ni kijang..wah kayo saya...

      Delete