Monday, November 23, 2020

Pindah Reban...

Dah tak boleh tangguh lagi nampaknya. Jiran sebelah dah  komplen kali ke 3. 

"Ayam you kokok I tak boleh tidurr..."..ujar cikgu pencen..

"Pukul 2, pukul 3 pukul 4 kokok.."

Kesian kat jiran wargaemas, duduk berdua umur 70an. Dahlah usia emas memang sukar untuk tidur.., dikacau dengan bunyi kokok ayam lagi...

Ayam ni  pun satu hal, berkokok sekali dua jerit ok lah..ini tidak, 15 hingga 20 kali baru berhenti... Bila ayam berkokok, anjing jiran pun ikut menyalak. Macamanalah kawan tu nak tidur...

Ada dua pilihan.. Pindahkan ayam atau sembelih. 






Akan cuba pilihan pertama dulu. Buat pertukaran reban dengan ayam remaja. Reban ayam remaja ini kedudukannya agak jauh ditengah-tengah jadi kuranglah sikit bisingnya. Ada sikit leceh sebab kena buat sangkar bertelur baru.

Reban ayam dewasa pula berkongsi dinding pagar dengan rumah jiran sebelah..Ditambah dengan pantulan bunyi dinding bata, bila ayam berkokok bertambah bergema memecah kesunyian malam...

 "I tak boleh tiduur..." 

Hehe Cikgu Nancy pagi pagi dah mengadu.

Kalau terus sembelih, nanti tiada penjantan pula, telur tidak boleh ditetaskan. Membazir inkubator yang telah dibeli. 

Kalau dah pindah, masih juga menganggu dan ada komplen nampaknya ayam jantan tua terpaksa dibuat rendang lah.


3 comments:

  1. Mungkin berkokok ada la tu nampak apa2 malam2 hahaha... Biasanya jarang kokok malam2 kecuali ada benda kacau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pastilah pulak...ayam ni memang pelik. Berkokok x ikut masa..kekdg kul 9mlm 10mlm dah kokok...geram dah nih...

      Delete
  2. kalau tak berkokok bukan ayam jago namanya.

    ReplyDelete