Thursday, January 28, 2021

Baiki Air Fryer, Pressure Cooker dan Cerek

Wakaf di perkarangan rumah kini dijadikan tempat membaiki perkakas elektrik...



Harini 3 barangan letrik yang dah lama terperuk di stor, dipunggah semula untuk dibaiki...

Hot Water Dispenser -cerek berfungsi cuma pam bermasalah

Air fryer - dibagitau tak berfungsi

Pressure cooker - tak berfungsi

Sepagian memeriksa dan menguji fryer dan pressure cooker.


Kotoran merah didinding casing adalah kesan darah jari yang terluka terkena bahagian tajam casing ketika cuba membukanya ..begitulah sukarnya membuka casing.

Fryer dah kena lerai baru dapati litar adalah sempurna ...Api disetiap jalur  ada., fius juga sempurna..Masalah sebenar bukannya fryer tapi adaptor. Apabila ditukar kepala plug, air fryer terus  berfungsi...Fuhh..

Punyalah seksa  meleraikan casing sehingga  sebahagian klip penyangkut patah...Kedudukan papan litar sangat sukar di akses, terpaksa membuka sekru dipelbagai peringkat, satu persatu..

Jika diambil inisitif memeriksa dahulu adaptor air fryer, rasanya tiada keperluan meleraikan periuk. Disebabkan baru pandai mencuba membaiki peralatan elektrik, terlupa langkah awalan yang sepatutnya didulukan.

Tapi tidak mengapa, setelah menguji sirkit akan memberi keyakinan pasti bahwa bukan  fryer yang bermasalah...

Disebabkan dulu jahil, 'air fryer'  di beli lagi walhal yang disangkakan  rosak tak pun rosak  sebenarnya...

Bila memahami sirkit kita akan mengetahui  jalur yang mengalirkan arus elektrik disetiap komponen di sirkit peralatan terbabit.

Setelah mahir nanti tiada keperluan menguji semua jalur .

Selalunya barangan elektrik ni fuse saja yg bermasalah..Jika sirkit itu diibaratkan rantai yang berhubung, fius adalah sambungan paling lemah dan segera terputus jika terdapat lonjakan arus letrik disirkit untuk memelihara sirkit dan komponen lain daripada rosak. Berbanding komponen lain, fuse adalah tersangat murah.

Cuma geram tadi mencari fuse fryer tersangatlah sukar sehingga terpaksa melerai satu persatu periuk sebab fuse tersorok dilapisan paling bawah... 




Selalunya fuse berada di  permulaan jalur POWER...tapi fuse fryer ini tersorok dan berada dijalur NEUTRAL paling hujung/permulaan sirkit.
Rekabentuk keseluruhan yang tak mesra pengguna.

Jika kita memahami konsep arus elektrik AC ( Alternating Current) kedudukan fuse tidak begitu penting samada berada dipermulaan jalur POWER atau dihujung jalur NEUTRAL kerana arus AC sentiasa berubah haluan melalui jalur L dan N.  Kedudukan dihujung atau awal litar, fungsi fuse tetap sama.



Mujur mencari fuse pressure cooker senang...Bukak penutup ruangan sirkit terus menjumpai jalur fius. Sah...fuse saja yg terbakar...kapasiti fuse lebih kurang sama dengan fuse periuk nasi yang telah dibeli online. Mujur membeli beberapa biji fuse.

Untuk mereka yang mahir, berjaya membaiki peralatan elektrik tiada apa yang dihairankan..Untuk yang baru belajar seperti penulis, berjaya membaiki peralatan elektrik adalah kejayaan yang memberi kepuasan.

2 comments:

  1. Heheheh.. patutnya check plug tu langkah pertama, kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal...semangat membaiki sampi terlupa langkah awalan..

      Delete