AC terdiri dari dua komponen utama. Kompresor (unit luaran) dan Evaporater (unit dalaman), kekadang dipanggil juga Blower
Dengan menganggap AC berkeadaan baik,
2 perkara utama yang harus diketahui mengenai sistem AC berkerja.
1. Tekanan didalam sistem piping dalaman dan luaran.
2. Sistem pernafasan melalui kebersihan unit dalaman dan luaran.
Dalam keadaan AC /kompresor OFF. Tekanan dipipe dalaman dan luaran adalah SAMA.
Setelah AC/ kompresor ON . Tekanan di piping Luaran akan lebih tinggi berbanding piping dalaman.
Apabila gas AC dimampatkan pada tekanan tertentu didalam kompresor ianya berubah sifat kepada cecair.
Cecair berserta haba panas mengalir melalui kelok-kelok pipe tembaga dan haba panas dibebaskan ke persekitaran luar.
Memasuki pipe dalaman Evaporator, terdapat injap sempit , ketika ini cecair tersembur dan 25 peratus cairan berubah sifat semula kepada gas dan mula membebaskan suhu sejuk dan menyerap udara panas bilik. Ketika ini pipe dalam evaporater, berada pada tekanan rendah.
Mengalir seterusnya dikelok kelok pipe tembaga evaporator, baki 75 peratus cairan bertukar sepenuhnya kepada gas.
Memasuki semula kompresor.
Kitaran ini berulang-ulang.
Ramai orang tersilap konsep, jika AC tidak sejuk pasti disebabkan gas yang kurang dan perlu ditambah. Ini tidak selalunya tepat.
Jika tiada kebocoran sistem tiada keperluan menambah gas. Jika terlebih gas, sistem tidak akan berfungsi dengan baik dan AC tetap tidak sejuk.
Servis AC cukup dengan hanya membersihkan unit kondensor (luar) dan evaporator (dalam) untuk membaiki sistem pernafasan..
Jika sirip-sirip kondensor kotor, haba panas sukar dibebaskan..sebahagiannya dibawa semula ke piping dalaman.
Diburukkan lagi sirip evaporator pun kotor, udara panas bilik tidak dapat diserap oleh sistem.
Bayangkan jika hidung tersumbat. Bukankah sukar untuk bernafas..
Oleh demikian amat penting AC diservis/dibersihkan.
Jika terdapat kebocoran dalam sistem barulah gas ditambah. Sebagaimana terlebih gas tidak baik, terkurang gas juga tidak baik.
Jika faham konsep ini mudah untuk menyelenggara AC.
No comments:
Post a Comment