Mungkin panas, mungkin juga basah apabila hujan. Lantai berjaring reban berbumbung juga yang menjadi rebutan.
Dengan penambahbaikan ini diharap ayam ayam berminat bertelur ditempat yang disediakan.
Tambahan 7 ekor ayam betina untuk telur nampaknya telah mula berhasil, 2 ekor telah mula bertelur sulung semalam, yang lain pun sedang galak bising untuk bertelur..
Keseluruhan 20 ekor ayam betina jika semuanya aktif bertelur, banyak juga dapat mengutip telur harian nanti.
Telur ayam masin pun sudah menjadi setelah direndam didalam air garam selama 20 hari..Rasanya ok setanding dengan telur itik, cuma kuning telur agak kurang menyerlah berwarna pucat berbanding telur itik yang kemerahan. Tekstur ayam juga lebih lembut berbanding itik.
Pkp.. pkp..pkp tambah lagi..
Saya pernah nampak dan dengar telur masin ayam, tapi belum berkesempatan untuk makan.
ReplyDeleteCubala buat ckg..senang sajaa
Delete