Saturday, September 4, 2021

Antara ATV dan Traktor Mini...


Semangat berkebun terus membara. Untuk mendapatkan inspirasi berkebun, mana-mana grup berkebun FB disertai, walaupun sekadar menjadi pembaca. Banyak ilmu yang boleh dipelajari dari perkongsian peserta.

Untuk mengekalkan momentum semangat, penulis dah berkeputusan, cukup sekadar mengusahakn kebun 3-4 jam sehari dan dalam seminggu cukup 2-3 kali kunjungan. Tak mau rajin hanya di peringkat awal atau hangat-hangat taik ayam. Dengan keluasan kebun 1.2 ekar ini sudah memadai. Yang penting istiqamah.

Sementara belum mendapat keselesaan berkebun sorang diri, sahabat ataupun jiran setaman yang mempunyai minat sama dipelawa untuk menemani ke kebun.


Kebun tak jauh dari rumah sekitar 30-45 minit perjalanan. Bertolak awal sebelum jam 9 sudah boleh memulakan tugas.

Setelah mengenalpasti batu sempadan dan setiap sempadan dirintis, kerja pembersihan dimulakan.

Pembersihan menggunakan parang lebih mudah kerana kebun dibahagian yang terdedah dengan sinar matahari dipenuhi pokok-pokok liar menjalar selain pokok kecil yang lain

Setelah lapang nanti penggunaan mesin rumput akan menjadi sangat mudah dan cepat.


3 hari membersih dapat lebih kurang keluasan 30'x120'. Kira ok lah untuk pekebun novis. Jika momentum ini berterusan tak sampai beberapa bulan, akan lapang satu kebun. Ketika itu telah mulai selesa bersendirian.

Pembersihan hanya dibuat ditempat yang ingin ditanam saja supaya semak- semak tidak mengambil alih kawasan yang telah dibersihkan


Huh hilang penat membersihkan kebun apabila disajikan pemandangan indah tanah tunggi.




Tapak yang telah dibersihkan segera ditanam dengan pokok-pokok buahan atau pun herba. Setelah ditanam selalunya kita akan memberi perhatian kepada pokok-pokok yang ditanam seterusnya
turut akan membersih persekitaran dari semak .


Menghargai kesudian mereka menemani, pokok pokok yang ditanam diabadikan nama penanam.

Kancil hanya mampu mendaki sekerat jalan, sedikit curam atau licin tayar berpusing-pusing..


Untuk kekal bersemangat berkebun, riadah offroad akan dimasukkan sekali dalam aktiviti itu. Kancil nampaknya sedang ditimbang-timbang untuk dijadikan kenderaan kebun, sesuai dengan fizikalnya yang ringan.

Cubcross juga sedang dalam pembikinan.

Ehsan ATV rakan kebun.

Jika ada modal atv juga boleh dibeli. Umpan yang boleh diberi kepada anak anak untuk minat datang ke kebun.


Namun sesudah ditimbang- timbang antara atv dan traktor mini, hati lebih terpaut untuk membeli traktor mini recond, harga tak jauh beza tapi terbukti lasak. Dud.. dud.. dud.. bergerak mcm siput tapi mantap..

Yeahh jom...jom berkebun ...


2 comments: