Saturday, December 18, 2021

Gunung Senyum Kuala Krau,Temerloh Pahang...


Siri meronda Jengka diteruskan.

Sekiranya memandu dari Bandar Temerloh ke Maran dan ingin mencari tempat- tempat menarik, akan jumpalah papantanda Gunung Senyum berwarna coklat di pinggiran jalan. Selain itu, hampir pasti tidak akan sedar papantanda kerana terlalu kecil untuk menarik perhatian orang ramai. 

Percubaan kali kedua, itupun menggunakan bantuan google map baru dapat sampai ke lokasi. 

Percubaan pertama sekadar menggunakan papan tanda jalanan gagal tiba ke destinasi. 

Memandu di jalan utama Bandar Pusat Jengka-Tol Chenor mengikuti papan tanda, memasuki banyak simpang dan melewati gugusan- gugusan Jengka 15,16, 20, 21,22 dll tetiba bertemu semula simpang jalan utama Tol Chenor-Bandar Pusat Jengka, jauh memandu  namun penunjuk arah Gunung Senyum entah mana tak dijumpai dalam perjalanan. Ketika itu telah terlewat menggunakan bantuan google map.


Percubaan kedua dihari lain menggunakan bantuan google map baru perasan papan tanda ini. Dulu terlepas simpang ini.

Kecil dan pudar tiada siapa yang akan perasan simpang ke destinasi Gunung Senyum.

Sunyi sepi jalan sesudah papan tanda mini tadi. Ini merupakan jalan pintas jika ke Gunung Senyum dari Jengka yang melalui jalan-jalan ladang felda

Jalan utama Kuala Krau-Temerloh.

Semasa balik penulis menggunakan jalan ini. Keadaan jalan dan trafik lebih meriah. Penempatan kampung-kampung banyak di kiri-kanan jalan.

Tiba di Gunung Senyum hati bergetar melihat gua mega yang tersergam didepan mata. Lawatan kali ini hanya melihat dari kejauhan, seram untuk berada dekat dengan muka gua kerana tiada kelihatan kelibat orang dipersekitaran. 
 

Kunjungan pada hari biasa sangat sepi, pondok pengawal pun kosong, hanya gate yang sedikit terbuka sekadar cukup untuk kenderan lalu.
 

Hutan Lipur diuruskan oleh Jabatan Hutan. Kemudahan asas serba lengkap, chalet-chalet, surau dan kawasan perkhemahan pun ada., Persekitaran kemas dan terurus.



Kehadiran pengunjung dihujung minggu tak pasti, namun melihat suasana hari biasa  yang suram rasanya hujung minggu pun tak ramai orang.

Harapnya keadaan di Kota Gelanggi tidak berlaku disini apabila kemudahan asas yang disediakan tak terjaga. Tiada agensi yang sanggup bertahan mengeluarkan belanja, jika pengalran masuk tidak setimpal dengan pengaliran duit keluar. 

Ini yang jadi masalah, pembangunan tempat-tempat menarik seolah tiada kesinambungan bajet penyelenggaraan dan promosi. Apabila tiada promosi tiada siapa yang sedar dan berkeinginan untuk datang.

 

No comments:

Post a Comment