Saturday, December 4, 2021

Temerloh Pahang...


Jika titik TERhujung benua asia berada di Tg Piai Johor, titik TERhujung utara Borneo berada di Kudat Sabah, titik TERtengah Semenanjung Malaysia pula berada di Temerloh.

Gimik gimik sebegini yang perlu diketengahkan supaya menarik minat masyarakat menjadikannya sebagai destinasi wajib terutama pengunjung yang berkunjung  pertama kali. Sifat ingin tahu dan ingin menjadi sebahagian 'TER' itu yang mendorong orang ramai untuk bertandang.

Dataran dan monumen dibina sebagai tempat bersantai semasa kunjungan.
Tarikan-tarikan sebegini yang menjadikan sesatu tempat itu popular dan baik untuk kegiatan ekonomi setempat.

Selain titik TERtengah, Temerloh sangat sinonim dengan ikan patin. Hujung minggu dan cuti umum berbagai kelab-kelab menjadikan Temerloh sebagai destinasi pilihan untuk JJCM.

Esplanade Temerloh antara destinasi popular Jjcm kerana terdapat banyak gerai di sepanjang Sungai Pahang ini., Selain itu terdapat pasar pagi hujung minggu yang menjual barang dagangan 'Rare'.

Jambatan gantung ini sekadar menjadi sebahagian monumen Esplanade Temerloh lah nampaknya. Jika dulu pengunjung berpeluang melaluinya untuk ke seberang sana, kini ditutup atas faktor keselamatan. Lantai jambatan gantung banyak yang telah reput.

Ronda-ronda berikut penulis adalah ke Jerantut.
Huhu baru tahu rupanya Jerantut adalah daerah TERbesar di Pahang...















No comments:

Post a Comment