Tuesday, March 1, 2022

Umrah 2022-D1D2

Setelah sekian lama sempadan negara-negara ditutup kerana covid19, akhirnya kebenaran mengerjakan umrah dibenarkan semula. 

Mahu atau tidak kehidupan norma baru perlu diteruskan. Virus sudah berada dimana mana, terpaksa juga dihadapi. Vaksin pertama, kedua sudah diberi, booster pun sudah, takkan kita selamanya perlu hidup dalam  kepompong lagi.

Sepatutnya kami berpergian Januari, bila varian omicron datang, umrah ditangguhkan lagi..sebulan kemudian Febuari dibuka semula.




24hb Khamis memulakan ziarah ke Medinah. Setelah  5 hari nanti akan berkunjung ke Mekah pula untuk baki 7hari, jumlah keseluruhan 12 hari.



Jemaah satu grup kecil seramai 21 orang.

Solat Jumaat di Masjid Nabawi

Walaupun sebelum ini saf telah dirapatkan, apabila varian omicron muncul, penjarakan saf dibuat semula.

Kerajaan Arab Saudi telah membuka sempadan untuk kebanyakkan negara.

Segenap lorong akan kembali sibuk.

Perniagaan yang telah lama lemas kini mula bernafas semula.


Berbeza umrah terdahulu, setiap kunjungan ke masjid kini perlu mendapatkan permit. Jika di Malaysia ada Mysejahtera, di Arab Saudi ada Tawakalna. Setiap orang  wajib mendaftar sepanjang berada di sana. Untuk permit pula perlu mendaftar di aplikasi Eatmarna. Permit perlu ditunjukkan dipintu masuk. Tiada lagi kunjungan terus masuk macam dulu-dulu. Ke Raudhah perlu permit, ke makam nabi perlu permit, buat umrah pun sama, tawaf saei solat waktu pun begitu.

Walaupun agak leceh tapi bila jemaah dikawal di sesatu kawasan, ibadah dapat dibuat dengan tenang..tiada lagi rebut rebut seperti dulu. Cuma bila jemaah semakin ramai kebarangkalian mendapat permit ke raudah di masjid Nabawi khususnya adalah semakin nipis. Permit untuk aktiviti lain tiada halangan dan mudah.

No comments:

Post a Comment