Hari ke 7 Khamis, jemaah dibawa ziarah luar lagi sambil membuat umrah ke 3. Dua hari berturut-turut membuat ziarah luar seterusnya melakukan umrah.
Semalam hari ke 6 umrah ke 2 bermiqat di Muzdalifah, manakala umrah ke 3 di Miqat Masjid Hudaibiyah pula. Sebelum melakukan umrah dan bermiqat, jemaah dibawa melawat muzium persendirian.
Sepanjang tempoh pakej umrah 10H12M, kebanyakan jemaah berkesempatan membuat 3 kali umrah, melainkan mereka yang membuat umrah sendirian boleh saja memohon membuat lebih dari itu.
Setelah umrah ke 3, Jemaah hanya mempunyai baki beberapa hari sebelum pulang ke tanahair pada Sabtu/Ahad jam 3.30 pagi.
Hari Jumaat tiada ziarah luar kerana masa tersangat suntuk untuk solat jumaat, manakala Sabtu siang jemaah telah sibuk bersiap sedia berkemas untuk pulang ke tanahair di sebelah malam.
Berkesempatan bersembang dengan jemaah Indonesia semasa sarapan pagi di hotel. Musykil juga melihat jemaah dari sana yang begitu ramai. Cuba menyelidik latarbelakang jemaah. Kebanyakkannya adalah orang kampung, menyimpan wang hasil kerja bertani/berkebun. Ada juga yang berniaga. Perbelanjaan mereka tidak murah 35-40 juta rupiah bersamaan 12-15 ribu juga, belum lagi duit poket untuk berbelanja ketika di Medinah-Mekah.
Selesai tawaf umrah. Tawaf di dataran kaabah yang dikhaskan untuk mereka yang mempunyai permit tawaf umrah sahaja mengambil masa dalam 30 minit.
Tawaf sunat biasa, buat ditingkat satu atau tingkat 2 jika menggunakan skuter.
Jumaat tiada ziarah luar, jemaah membuat aktiviti bebas ..
Dengarnya jemaah tidak dibekalkan air zam zam seperti dahulu sewaktu pulang ke tanahair. Betulkah begitu?
ReplyDeleteMasih dibekalkan seorang 5 liter, cuma kekadang sangkut tak dibenarkan dibawa masuk didalam bagasi oleh penguasa airport riyad. Ikut nasib..
DeleteSelalunya jemaah pindahkan air dari botol ke bekas plastik lain yang dibalut bersama pakaian