Bagi ibu-ibu yang biasanya menyediakan juadah pagi raya terasa kalut lah kot, ada yang terpaksa bersengkang mata ingin menyiapkan juga menu raya.
Sepatutnya tak payahlah ribut-ribut, kita bukan pertama kali beraya, hadap saja apa yang sempat..lagipun syawal kan sebulan.
Majlis berbuka puasa kami Ahad malam Isnin bertukar menjadi makan besar malam raya. Kebetulan adik beradik berkumpul di di rumah kakak malam itu. Juadah malam bersambung menjadi juadah pagi raya.
Hari raya ke 3 berkumpul adik beradik di kampung halaman sebelah isteri. Bukan mudah mengumpulkan 12 orang adik beradik jika tiada perancangan awal dibuat. Namun demikian 3 keluarga tidak dapat turut serta. Adat orang berkeluarga giliran keluarga sendiri dan mertua perlu diambil kira.
Selalunya bila pengikat keluarga, ibu bapa telah tiada, kampung halaman jarang dijenguk, melainkan memang kekal tinggal dikampung tersebut, maka perlu dikalangan adik beradik mengatur pertemuan setidaknya di hari besar begini, jika tidak rumah pusaka akan lesu tanpa pengunjung.
No comments:
Post a Comment