Thursday, June 23, 2022

Berbekam...


 

Berbekam banyak manfaatnya. Ibarat sepohon pokok yang dicantas pucuk,  tunas-tunas baru akan tumbuh semula, begitulah dengan berbekam, apabila darah lama disedut, darah baru akan dirangsang untuk dihasilkan. Sisa toksik turut akan dinyahkan dari tubuh. 

Penulis dah lama bercadang  berbekam secara berkala, cuma bimbang kaedah berbekam yang tidak hyginic, hasrat itu terpendam begitu saja. Kebetulan bertemu dengan anak muda yang membuat bekam sepenuh masa dan yakin dengan kebersihan peralatan yang digunakan.  Selepas ini boleh lah kerap berbekam.

Badan diurut terlebih dulu untuk melancarkan edaran darah dikawasan yang ingin dibekam, setelah itu bekam angin dimulakan, apabila kulit mulai kebas barulah ditusuk dengan jarum, biarpun banyak tusukan jarum tetapi kesakitan tidak begitu terasa..

 Dibahagian kepala darah disedut menggunakan vacum elektrik.  Terasa darah disedut keluar. 

Macam kereta terasa ringan sesudah keluar dari pusat servis  begitulah badan terasa ringan sesudah berbekam. 

17 cup rm100, kira oklah tu kita servis badan setiap 3 bulan.

Thursday, June 9, 2022

Telok Chempedak Kuantan Pahang...

Destinasi joging pagi ini di Pantai Telok Chempedak Kuantan Pahang. Memanfaatkan waktu ketika berurusan kerja di Jengka Maran, destinasi ronda-ronda  dimasukkan dalam diari kunjungan.

Bermalam di Bandar Kuantan, seawal 6.30 pagi telah bergerak ke pantai. 




Tak sangka awal pagi pengunjung telah ramai di pantai, rupanya masing- masing menunggu matahari terbit di ufuk timur. Ada juga yang beriadah sambil-sambil menunggu merakam  fenomena cantik ini.




Sesuai dengan kedudukannya di teluk, Pantai Telok Chempedak berpantai pasir halus dan cantik, hujung kiri dan kanan disempadani dengan pantai berbatu bongkah. Remang- remang pagi ditambah dengan pemandangan matahari terbit seolah timbul dari dasar laut mewujudkan suasana yang sungguh indah dan damai.




Suasana pastinya akan lebih indah jika pengunjung sama -sama menjaga kebersihan pantai dan persekitaran. Diperhatikan si goblok manalah yang meninggalkan bekas- bekas makanan di pantai, tergamak mereka mencemari pemandangan yang cantik.


Tidak semua pengunjung berperangai buruk, kebetulan dapat bersembang dengan wanita yang secara sukarela  mengutip sampah sambil berjogging, aktiviti ini dijadikan rutin harian beliau dan suami seawal 6.30 pagi. Jika ramai berkesedaran begini, walaupun tidak turut serta mengutip, setidaknya tolonglah membuang sampah ditempat yang sepatutnya.


Pengunjung dan penguasa perlu memainkan peranan...walaupun sampah dibuang ditempat yang betul, kehadiran monyet monyet, kucing, anjing dll akan menyelerakkan semula sampah jika tidak dikutip dengan segera.


Jika masing-masing memainkan peranan, masa yang dijimatkan daripada asyik mengutip dan membersih sampah- sampah, masa itu boleh dimanfaatkan oleh pekerja-pekerja pembersihan untuk membuat pengindahan yang lain. Takkan selamanya kita ingin berada ditakok lama.