Tak sangka awal pagi pengunjung telah ramai di pantai, rupanya masing- masing menunggu matahari terbit di ufuk timur. Ada juga yang beriadah sambil-sambil menunggu merakam fenomena cantik ini.
Sesuai dengan kedudukannya di teluk, Pantai Telok Chempedak berpantai pasir halus dan cantik, hujung kiri dan kanan disempadani dengan pantai berbatu bongkah. Remang- remang pagi ditambah dengan pemandangan matahari terbit seolah timbul dari dasar laut mewujudkan suasana yang sungguh indah dan damai.
Suasana pastinya akan lebih indah jika pengunjung sama -sama menjaga kebersihan pantai dan persekitaran. Diperhatikan si goblok manalah yang meninggalkan bekas- bekas makanan di pantai, tergamak mereka mencemari pemandangan yang cantik.
Tidak semua pengunjung berperangai buruk, kebetulan dapat bersembang dengan wanita yang secara sukarela mengutip sampah sambil berjogging, aktiviti ini dijadikan rutin harian beliau dan suami seawal 6.30 pagi. Jika ramai berkesedaran begini, walaupun tidak turut serta mengutip, setidaknya tolonglah membuang sampah ditempat yang sepatutnya.
Pengunjung dan penguasa perlu memainkan peranan...walaupun sampah dibuang ditempat yang betul, kehadiran monyet monyet, kucing, anjing dll akan menyelerakkan semula sampah jika tidak dikutip dengan segera.
Jika masing-masing memainkan peranan, masa yang dijimatkan daripada asyik mengutip dan membersih sampah- sampah, masa itu boleh dimanfaatkan oleh pekerja-pekerja pembersihan untuk membuat pengindahan yang lain. Takkan selamanya kita ingin berada ditakok lama.
No comments:
Post a Comment