Wah not bad...pokok sederhana besar dapat hasil 15 biji, buah pun boleh tahan besar...Rumpun ini telah 3 kali mengeluarkan hasil, tak silap yang kedua dulu 17 biji, yg pertama pun belas-belas juga.
Benih dari rumpun ini telah dibiakkan lagi, rumpun baru membesar dengan cantik, anak benih keliling pun banyak dan boleh dipecahkan rumpun lagi ..
Bila tanaman pisang semakin banyak, tidak semua rumpun yang sihat...Pisang Serendah dan Lemak Manis ada yang telah terkena penyakit, daun banyak yang layu, bila ditebang, batang pokok berwarna kehitaman.
Baru ini sepohon pokok yang berbuah telah tumbang sebab batang pokok semacam reput. Terkilan juga sebab buah taklah muda sangat. Boleh kot dicuba masak gulai. Saja mencuba, sebab ada yang kata buah tak sedap bila dibuat gulai, dah cuba ternyata sangat lazat. Kalau tak sedap masih boleh dimanfaatkan untuk menjadi makanan ayam.
Taktau dengan nasib rumpun-rumpun yang lain..Tak tau bagaimana untuk merawat sebab tiada pengalaman. Sekarang ni bertawakal saja..Kalau berjangkit dengan rumpun yang lain redho sajalah...
Buah pisang tanduk kalau lambat tuai memang akan pecahlah
ReplyDeleteHehe masih tak tau bila wkt sesuai panen buah wak
ReplyDelete