Kalau nak cepat siap panggil backhoe, sehari boleh siapkan akses ke kebun. Namun tiada keperluan untuk siapkan segera, kalau siap cepat pun tiada banyak kelebihan. Sebahagian besar tanah telah ditanam dengan pokok-pokok, untuk mendapat hasil entah bila. Berbeza jika ambik kontrak membuat akses kebun orang, lagi cepat siap lagi bagus dan untung.
Selagi akses rizab jalan tidak dibina, untuk sampai ke kebun sendiri terpaksa melalui laluan berlingkar menumpang kebun jiran- jiran..
Aktiviti berkebun adalah riadah berterusan, semua aktiviti boleh dibuat tanpa tergesa- gesa. Setiap kali pergi tetap perlukan seorang pembantu/ peneman hanya sesekali membawa dua orang pembantu. Ketika ini setiap Selasa adalah hari berkebun.
Sesudah setahun insya Allah bakal berjaya membawa kenderaan ke kaki puncak kebun. 2 kali datang lagi membuat akses, kenderaan boleh park di tepi pondok di kaki bukit kebun. Selama ini hanya dapat sampai sehingga 700m jarak pendakian, baki 300m lagi menapak ke kaki puncak...
Nak betul -betul bawak sampai ke puncak rasanya ambik masa setahun lagi. Hehe
Macamanalah dulu Lim Goh Tong sentiasa bersemangat membina empayar di puncak Genting pada ketinggian lebih 2000m dari aras laut. Kebun bukit ini pada ketinggian 400m dari aras laut pun dah jenuh untuk ke puncak.
Alon alon anger kelakon
ReplyDeleteHehe yea..yea..semangat sgt nanti takut cuma hangat hangat taik ayam..yg penting slow and steady..
Delete